Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Diary Iqa Zulaika

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Friday, August 15, 2014

Herbarium oh herbarium

Views

Assalamualaikum...

Korang tentu tertanye- tanye apa apa benda herbarium tu kan?? Meh Ika nak cite sikit. Herbarium tu adalah sejenis Collagen bluebery keluaran Jamu Susuk Dara.. Itu adalah salah satu produk keluaran JSD yang sangat meletop skrg nie..  Masa tu ada promosi untuk produk Herbarium ni. Korang bygkan erk harga sekotak herbarium tu berharga rm78. Nie dia bg promosi klau beli 2 kotak harga rm 125. Lpas tu dia bagi free lagi sekotak Delimalicious yg berharga rm100. Sgt berbaloi bak hang. Mne ada produk kecantikkan lain yg buat promosi gile gempak nie.. Sebab promosi yg teramat best nie la Ika buat keputusan untuk beli produk nie ha. Nak bagi kulit gebu gebas.. Sebelom nie ada try produk collagen lain. Tapi hasilnya sgt menghampakn.. Tak pela maybe effect dia lmbat kot. So Ika buat keputusan utk try produk Herbarium nie sebab tgk testimoni yg giler gempak. Minom 2 kotak pun dah nampak kesan. Tak smpai sebulan kot. So Ika nal cubala.. Hihihi 


Nie ler promos yg giler gempak tu. Membuatkan Ika tak sabar nak cube produk nie...



Paling best Herbarium nie boleh tambah air sejuk tau.. Meleleh air liur klau tgk iklan nie time cuaca panas tau. Rasa dia dah la sedap perisa Bluebery. Lepas tu minom dengan air sejuk.. Perhhhh... Keasyikkan yg tak terkata... Hahaha



Herbarium nie bukan sahaja sedap tau, tapi dia ada banyak kelebihan. Bukan utk kecantikkan kulit je tau.. Tapi.... Korang baca sendri la erk... 
 
Setahu Ika kan, mne ada produk kecantikkan kulit, yg ada kelebihan mcm produk Herbarium nie. Boley menurunkan berat bdn lagi tu. Best bak hang!!!! Hihihi 


 
Tak best ler asyik bercerita, tapi tak tunjuk testimoni. Kalau ada testimoni, baru orang percaya kan dengan produk ni. Jom kita tgk testimoni customer yang berjaya memiliki kulit yang cantik berseri dengan hanya minum collagen Herbarium nie...

Gambar di bawah ini adalah pengasas produk Jamu Susuk Dara ni, iaitu Puan Hanni Borhan. Beliau lah yang mencipta produk yang sangat best nie... Kita boleh tengok keadaa kulit dia yang berjerawat dan berminyak. Kulit bawah mata dia pun gelap. Dan gambar 1 lagi tu selepas dia menggunakan produk Herbarium keluaran syarikatnya sendri. Kulitnya lebih semakin cerah berseri.. Mcm anak dara tau kulit dia. Ika yg anak dara nie pun jelez tgk kulit dia yang gebu tu. Kulit Ika pun tak cantik mcm dia. Jelez i tau... 
Ini betul2 tau. Bukan amik gambar pakai 360.. Hihihi..

 
Testimoni customer yang menggunakan produk Herbarium... 










Camne?? Best tak testimoni dia? Ika teruja tau tengok gambar dorang lepas gune produk nie. Tu yg Ika eksaited giler nak cube produk nie. InsyaAllah Ika akan bagi testimoni lepas Ika habiskan 2 kotak produk Herbarium nie... 

Tungguuuuu......

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Wednesday, July 16, 2014

Promosi Hari Raya di Butik Rene's Scarf n Shawl Kota Tinggi

Views
Assalamualaikum..

Sempena menyambut bulan Syawal yang akan kunjung tiba tak lama lagi, Butik tudung Jenama Rene's Scarf & Shawl telah membuat Promosi secara besar- besaran. Diskaun sehingga 70% akan di berikan bagi setiap tudung dan selendang yang terpilih tu. 70% tu, banyak tu. Tempat lain mana ada bagi diskaun terlajak murah mcm tu..




Harga tudung bermula dari RM 5 tau. Terdapat banyak koleksi tudung, Shawl, tudung kanak2, Inner, brooch dan bermacam- macam lagi koleksi tudung Jenama Rene's nie tau.. Harga dia memang teramatlah berpatutan. Kualiti pulak tersgtlah bagus.. Iqa sejak kerja kat sini, mana beli tudung jenama lain. Rene's tetap di hati Iqa tau sebab Iqa suke dgn design n material kain dia. 

lagipun, tiap bulan Rene's akan ada koleksi yang terbaru. Tiap bulan tau!! Dan setiap koleksi Rene's nie Iqa akan beli yang mana berkenan. Lebih2 lagi time nak dekat raya. Kita pompuan nie suke lah sesuatu benda yang cantik2 kan. So rasa mcm kagum sikit ler kalau kita pakai tudung yg lain dari yg lain. Nanti org tanye, cantik tudung kau. Kau beli kat mane?? Mestila kita nk promote Butik kita kan?? Hehehe

Banyak koleksi tudung yang korang boley pilih. Datang ler, jgn segan2. Iqa akan layan korang dgn baik n senyuman yg menawan tau.. Hihihi ( promote sikit )..


Iqa nie jenis suke pakai tudung yg simple mcm tudung syria n shawl. Sebab senang je nak pakai.. Cukuplah nampak menarik n menutup aurat, dah memadai bagi Iqa. Iqa tak suke tudung yg ada Awning, sebab muke Iqa tak sesuai pakai tudung jenis mcm tu.. 

Oh ya, Iqa suke Shawl terbaru keluaran Rene's, nme shawl tu Erysa selendang chiffon. Material dia adalah kain chiffon. Yg sgt lembut n senang di pakai. Yg paling best tak perlu nak gosok tau. Sebab dia tak nampk sgt kedut, ( boley la utk yg pemals spt aku nie).. Kahkahkah ( ketawa jahat).. Entry sebelom nie Iqa ada post, tk pela sebab suke dgn Shawl tu, iqa akan tunjuk juga..

Tadaaaa... Cantik x Shawl terbaru nie? Iqa suke sgt sbb dia ada gambar Ribbon.. Perh kalau ada gambar hello kitty mcm tudung adijumma tu lagi Iqa suke!! Hehehe


Ada 4 pilihan warna yg boley korang pilih. Tapi sygnya 2 warna dah sold out. Tinggal 2 warna je yg ada.. Yg Iqa pakai tu dah sold out. Harga dia Rm 20 sahaja. Murah je tau..


Selain tu, selendang Burberry pun ada. Pelakon cite Love u Mr Arrogant tu pakai shawl yg nie lah tau. Dalam episod bape entah.. Memang cantik lah.. Ada 8 pilihan warna yang korang  boleh pilih.. Harga dia cume Rm 25 sehelai..


Ini adalah Koleksi tudung Syria yg Iqa suke. Nme tudung nie, Wafeeya syria cotton. Ada byk pilihan warna yg menarik. Tudung nie ada discount 30% tau! Banyak tu!!! Sory ler kalau gambar nie tak cantik. Kita nie selfie je. Bukan jurugambar yg profesional.. Hihihi




Alahai patung. Kau pakai tudung apa semua cntik. Tapi kenapa tudung nie ada awning.. Muke Iqa yg bulat nie, mana sesuai pakai tudung ni.. Seriously Iqa mmg suke sgt dgn yang nie. Sebab dia warna pink design dia menarik sgt.



Yang nie simple je tapi cantik. Ala fareeda gitu.. Ada byk pilihan warna.. Nanti ada masa Iqa masukkan gambar ok??




Iqa rasa setakat nie dulu la Entry kali ini. Tangan dah letih da nie. Maklumla update  gune iphone je. Kita mne ada laptop ni. Hp kan senang, boleh di bawa ke mana sahaja. Nak update blog dlm tandas pun boley. ( kau jgn melampau sgt ok?? Haha). 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Monday, July 14, 2014

Setelah lama menyepikan diri

Views

Assalamualaikum...

Tetibe rindu pulak dengan blog kita nie. Almaklumlah sibuk memanjang je sejak akhir-akhir nie. Lagipun tak da idea untuk di kongsikan.. Lagi 2 minggu je lagi nak raya. So tersangat lah sibuk sekarang nie.. Kerja kt Butik amat lah memenatkan. Hujung minggu memang ramai sgt orang nak cari tudung raya kan. Tudung raya Iqa pun tak beli lagi. Tapi ada jugaklah tudung yg berkenan di hati. Stok baru untuk raya la katakan. Tentula cantik2..  


Selendang terbaru keluaran Rene's scarf & shawl. Nama dia selendang ribbon chiffon. Selesa sgt bila pakai.. Corak dia pun cantik. Iqa minat sgt dgn design dia. Harga dia pun berpatutan, RM 15.90 je. Murah kan? 

Iqa memang suke lah dengan selendang tu. Simple tapi cantik.. Byk lagi lah tudung n selendang keluaran Rene's scarf n shawl. Ada masa Iqa update ok?? 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Saturday, September 14, 2013

CIKGU TADIKA

Views
ASSALAMUALAIKUM..


                                

                    Tengah seronok aku menghabiskan masa dengan fesbuk, aku ternampak ada orang post tentang jawatan kosong sebagai Cikgu tadika. Aku pun amik lah number akak tu. Saje2 je nak mencuba. Mana tau rezeki aku.



 Dapat jadi cikgu pun ok. Walaupun cuma cikgu tadika, tapi nama tetap cikgu. Aku mesej Puan Lina tu. Dia cakap datang interview esok pagi pukul 8 pagi. Aku pun mintak la alamat tadika tu. Rupa2nya dekat Taman Sri Saujana. Rumah lama aku tu. Tak susah sangat nak cari. Tanye je orang, terus dia bagi direction.


     hi, sy otw nak pergi interview nie. Doakan saya dapat jadi cikgu tadika ok. He he he



                      Bile da sampai tu aku pun bagi la salam. Tak da orang yang menyahut pun. So i make decision to call Pn Lina. Then dia mintak maaf kat aku. Dia cakap hampir terlupa dengan interview session aku. Aku cakap tak pe, aku akan tunggu. Bila da sampai dia suruh aku duduk. Lepas tu baru dia mulakan interview. Dia suruh aku perkenalkan diri. Dia tanye macam2 la. Aku cakap la, aku memang langsung tak da pengalaman dalam bidang ni, Dia cakap tak da pengalaman tak pa. Dia akan ajar. Umur Puan Lina tu 47, da ada cucu pun. Buat masa nie, dia sorang je yang jaga tadika tu. Sebab bekas pembantu dia berhenti mengejut. Sebab tu la dia nak cari penganti secepat yang mungkin.

                      Aku cakap kat dia, kalau aku di terima berkerja kat situ, aku akan tinggal kat tadika tu. Dia pun macam eksaited la. Sebab dia memang nak cari pembantu yang duduk kat Tadika. Bukan apa, pelajar pukul 6.30 da datang. Kalau aku duduk situ, senang la sikit. Aku tak da masalah, sebab aku tak perlu berkongsi bilik dengan orang lain. Lagipun aku tak kisah pun kalau tinggal sorang2. Aku lagi suke kot. Tak suka lah kongsi2 bilik nie. Tak da privacy tau. Kalau zaman blaja lain la. Akhirnya, aku di terima berkerja kat situ.

                    Yang menjadi masalahnya, aku tengah kerja lagi sekarang. Pn Lina suruh aku berhenti 24 jam. Yang tu susah sikit kot. Aku cakap kat dia, ''kalau saya berhenti nanti takut gaji tak dapat pulak'',. Bukan apa, biasanya kena bagi surat resign, Lepas tu baru berhenti kan. Aku takut gaji tak dapat. Tu je masalahnya. 

'' awak jangan risau, kalau bos awak tak bayar gaji, saya akan bayar gaji full kat awk'' katanya kepadaku. 

'' Tapi kalau dia bayar gaji kat awak, awak kena bagi tau saya. Jangan tipu saya pulak''. Mukanya kelihatan serius.

Aku berkata, ''InsyaAllah, saya akan berlaku jujur kepada Puan. Terima kasih kerana memberikan saya peluang kerja di sini, walapun saya tiada pengalaman'' sambungku lagi.

'' Saya cuma harap awak berkerja dengan jujur dengan saya. Saya tak suka orang tipu saya. Kalau awak ada msalah apa2, bagi tahu saya. Jangan pendamkannya'', seolah2 mengambil berat terhadapku.

''Baiklah, saya janji dan takkan hampakan puan. Saya akan berkerja dengan rajin dan jujur terhadap puan'', janjiku kepadanya.

                    Selepas habis interview, aku meminta diri untuk pulang.  Di depan pintu, aku terserempak dengan pelajar yang di hantar oleh ibunya. Puan lina memperkenalkan aku kepada ibu pelajar tersebut dengan panggilan 'cikgu Ika'. Aku merasa sangat gembira sekali. Lalu aku meminta kepada mereka untuk pulang. Kerana aku perlu ke tempat kerja. Otakku ligat berfikir. Bagaimanakah harus ku memberitahu kepada bos ku tentang perletakkan jawatan ku ini. Aku berharap sangat dia tidak akan marah kepadaku. Sebab sebelum nie aku pernah cakap nak berhenti kerja. Tapi tak jadi. Tapi dia terima aku kerja semula. Sekrang aku pening, macam mana nak bagi tahu dia.

                     Akhirnya aku bagi tahu dia jugak. Soal gaji tu dia tak pasti, dia cakap akan bincang dengan En Adam. Aku redha jela. Sebab aku yang buat keputusan nie kan Berhenti 24 jam pulak tu. Kalau dapat, Alhamdulillah la. Tapi kalau tak dapat, Puan Lina janji akan bagi gaji Full dekat aku. Sebab aku betul2 nak kerja dekat situ.

                                                                                

              Tak mau lah suasana kelas macam nie. Boleh menangis aku di buatnya. Hahaha

                    Sebenarnya aku masih nervous lagi tau. Sebab aku di tugaskan untuk mengajar hanya  6 orang murid sahaja. Yang berumur 3-4 tahun. Memang lah tak ramai, tapi aku mana ada pengalaman. Tapi tak apa. Aku akan cuba untuk memberikan komitmen yang terbaik. Sebab aku memang minat bidang nie. Dan aku memang sukakan kanak2.Harap kawan2 boleh doakan ika k. Thanks sebab sudi baca blog ika k. Saya korang lebiy la! he he he..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Friday, September 13, 2013

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN WAN ZULAIKA

Views


                                           
                   

                 1. Pandai memasak & buat kek
                 2. Pandai mengemas rumah
                 3. Pandai cuci bilik mandi/ toilet
                 4. Pandai pergi ke pasar
                 5. Pandai menyanyi
                 6. Pandai buat lawak & ketawa manja
                 7. Pandai layan Wan Zulaika
                 8. Pandai pujuk Wan Zulaika
                 9. Pandai urut Wan Zulaika
                10. Kesemua di atas

      P/S : MESTI PANDAI SOLAT & MENGAJI AL-QURAN


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika