Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Saturday, September 14, 2013

CIKGU TADIKA

Views
ASSALAMUALAIKUM..


                                

                    Tengah seronok aku menghabiskan masa dengan fesbuk, aku ternampak ada orang post tentang jawatan kosong sebagai Cikgu tadika. Aku pun amik lah number akak tu. Saje2 je nak mencuba. Mana tau rezeki aku.



 Dapat jadi cikgu pun ok. Walaupun cuma cikgu tadika, tapi nama tetap cikgu. Aku mesej Puan Lina tu. Dia cakap datang interview esok pagi pukul 8 pagi. Aku pun mintak la alamat tadika tu. Rupa2nya dekat Taman Sri Saujana. Rumah lama aku tu. Tak susah sangat nak cari. Tanye je orang, terus dia bagi direction.


     hi, sy otw nak pergi interview nie. Doakan saya dapat jadi cikgu tadika ok. He he he



                      Bile da sampai tu aku pun bagi la salam. Tak da orang yang menyahut pun. So i make decision to call Pn Lina. Then dia mintak maaf kat aku. Dia cakap hampir terlupa dengan interview session aku. Aku cakap tak pe, aku akan tunggu. Bila da sampai dia suruh aku duduk. Lepas tu baru dia mulakan interview. Dia suruh aku perkenalkan diri. Dia tanye macam2 la. Aku cakap la, aku memang langsung tak da pengalaman dalam bidang ni, Dia cakap tak da pengalaman tak pa. Dia akan ajar. Umur Puan Lina tu 47, da ada cucu pun. Buat masa nie, dia sorang je yang jaga tadika tu. Sebab bekas pembantu dia berhenti mengejut. Sebab tu la dia nak cari penganti secepat yang mungkin.

                      Aku cakap kat dia, kalau aku di terima berkerja kat situ, aku akan tinggal kat tadika tu. Dia pun macam eksaited la. Sebab dia memang nak cari pembantu yang duduk kat Tadika. Bukan apa, pelajar pukul 6.30 da datang. Kalau aku duduk situ, senang la sikit. Aku tak da masalah, sebab aku tak perlu berkongsi bilik dengan orang lain. Lagipun aku tak kisah pun kalau tinggal sorang2. Aku lagi suke kot. Tak suka lah kongsi2 bilik nie. Tak da privacy tau. Kalau zaman blaja lain la. Akhirnya, aku di terima berkerja kat situ.

                    Yang menjadi masalahnya, aku tengah kerja lagi sekarang. Pn Lina suruh aku berhenti 24 jam. Yang tu susah sikit kot. Aku cakap kat dia, ''kalau saya berhenti nanti takut gaji tak dapat pulak'',. Bukan apa, biasanya kena bagi surat resign, Lepas tu baru berhenti kan. Aku takut gaji tak dapat. Tu je masalahnya. 

'' awak jangan risau, kalau bos awak tak bayar gaji, saya akan bayar gaji full kat awk'' katanya kepadaku. 

'' Tapi kalau dia bayar gaji kat awak, awak kena bagi tau saya. Jangan tipu saya pulak''. Mukanya kelihatan serius.

Aku berkata, ''InsyaAllah, saya akan berlaku jujur kepada Puan. Terima kasih kerana memberikan saya peluang kerja di sini, walapun saya tiada pengalaman'' sambungku lagi.

'' Saya cuma harap awak berkerja dengan jujur dengan saya. Saya tak suka orang tipu saya. Kalau awak ada msalah apa2, bagi tahu saya. Jangan pendamkannya'', seolah2 mengambil berat terhadapku.

''Baiklah, saya janji dan takkan hampakan puan. Saya akan berkerja dengan rajin dan jujur terhadap puan'', janjiku kepadanya.

                    Selepas habis interview, aku meminta diri untuk pulang.  Di depan pintu, aku terserempak dengan pelajar yang di hantar oleh ibunya. Puan lina memperkenalkan aku kepada ibu pelajar tersebut dengan panggilan 'cikgu Ika'. Aku merasa sangat gembira sekali. Lalu aku meminta kepada mereka untuk pulang. Kerana aku perlu ke tempat kerja. Otakku ligat berfikir. Bagaimanakah harus ku memberitahu kepada bos ku tentang perletakkan jawatan ku ini. Aku berharap sangat dia tidak akan marah kepadaku. Sebab sebelum nie aku pernah cakap nak berhenti kerja. Tapi tak jadi. Tapi dia terima aku kerja semula. Sekrang aku pening, macam mana nak bagi tahu dia.

                     Akhirnya aku bagi tahu dia jugak. Soal gaji tu dia tak pasti, dia cakap akan bincang dengan En Adam. Aku redha jela. Sebab aku yang buat keputusan nie kan Berhenti 24 jam pulak tu. Kalau dapat, Alhamdulillah la. Tapi kalau tak dapat, Puan Lina janji akan bagi gaji Full dekat aku. Sebab aku betul2 nak kerja dekat situ.

                                                                                

              Tak mau lah suasana kelas macam nie. Boleh menangis aku di buatnya. Hahaha

                    Sebenarnya aku masih nervous lagi tau. Sebab aku di tugaskan untuk mengajar hanya  6 orang murid sahaja. Yang berumur 3-4 tahun. Memang lah tak ramai, tapi aku mana ada pengalaman. Tapi tak apa. Aku akan cuba untuk memberikan komitmen yang terbaik. Sebab aku memang minat bidang nie. Dan aku memang sukakan kanak2.Harap kawan2 boleh doakan ika k. Thanks sebab sudi baca blog ika k. Saya korang lebiy la! he he he..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika