Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Tuesday, May 22, 2012

Hadiah apa yang patut di berikan??

Views

                                                                                    

Korang semua tentu ada kampung kan?? Ada yang kat pantai timur, utara mahupun selatan..

Pulang ke kampung adalah perkara yang sangat di nanti2 kan bagi semua orang.

Kerana kampung merupakan tempat yang aman damai dan jauh dari kesibukan kota.

Bagi yang tidak mempunyai kampung jangan bersedih hati ok, jika anda semua mengimpikan untuk timggal di kampung, ikotlah kwan2 anda balik ke rumah mereka. hehe.

                                                

                                                                      

Actually kampung iqa kat paka, terengganu. Tempat penyu bertelur tu.. Tu kampung sebelah mama iqa. Kampung abah iqa kat pahang. Apa yang iqa suka kat kampung iqa??? Sudah tentulah bab ada nenek dgn tokki. Kat kg iqa tokki merujuk kepada datuk. Selain tu bab ada sepupu iqa yang tersyg iaitu mimah, kakcik, nor, jang, apih, nasrul, mie and ramai lagi lah. Dorang sume sepupu iqa. Kalau alik sane, mesti iqa slalu berkepit dgn mimah, spupu kesygn iqa. Macam2 kita owg akan bercerita. Kalau da ngantok baru tidur. Almaklulma, da lama tak jumpa la katakan.. Windu sangat2 pada mereka sume.

Yang paling Iqa suka tentang kampung iqa tentulah bab ada pantai. Agak jauh la jugak, tapi iqa suka sgt mandi pantai. Dulu masa kat johor, setiap ujung minggu mandi kat pantai desaru. Best wooo.. Tapi yang xbestnya mandi pada waktu ptg n tgh hari. Bab panas kan. So kulit akan jd gelap n gelap lah. Kalau rasa tak gelap tu, mandi la d waktu pagi k. Tp jgn mandi di waktu air pasang ok. bahaya!..

                                                                            

Rindunya dengan suasana kampung. Nyaman dan segar. Terhindar dari pencemaran udara. Sangat merindui saat itu. walaupn sepanjg perjalanan di kelilingi oleh oleh semak samun, pokok getah, n pkok sawit, sekurang2nya tumbuhan tersebut memberikan kita udara untuk bernafas dan menghirup udara yang segar.

                                                           

            Sedapnya dapat makan kepok lekor ganu time kepok tu tengah panas kan??

Pape pun iqa tak sabar nak alik ke kampun pada ari jumaat ni. yana, athir, aslam, dorang sume ikot iqa alik kampung. Dorang sebenarnya nak borong kepok lekor banyak2. Nanti iqa nak ajar dorang sume bahasa ganu. Terengganu kan dialek dia di belakang mesti dia akhiri dengan huruf G. Contohnya makan di sebut makang. Contoh ayat "kucing makang ikang.. cube korang sebut ayat tersebut.. hehe..

Oh ya, lupa nak cakap. Tujuan sebenar iqa pulang ke kampung adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan mak cik iqa yang di panggil mok dik. Dia adalah anak bongsu daripada keluarga. Dia kawen dengan orang pulau pinang. Cube bayangkan dialek ganu dgn pinang bergabung? Cam ayam bertemu dgn itik lah bunyinya. Sempat lagi aq wat lawak. haha.. tak da orang gelak pun..

Agak2 kan kalau orang kawen kita nak bagi hadiah apa yew?? Iqa pun tengah pikir ni. Tak tahu nak bagi apa. Selalunya orang akan bagi gelas n pinggan mangkuk. Tak best lah cam tu kan. Bagi la kete sebiji ke, rumah banglo 2 buah ke.. hehe.. terover la k di sini.. Iqa da cakap kp kat kawan baik iqa, iaitu yana, dia kena bagi adiah aircond kat iqa.. hehe.. terlebih suda.. pinjam ayat Stacy  sebentar.. Korang rasa apa hadiah yang patut iqa berikan yew?? Plizz, berikan pendapat anda ok..

syg korang sumelah...







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Tuesday, May 15, 2012

SIAPAKAH WANITA ITU

Views



 
 

✔ Dia tersenyum saat tertekan .

✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .

✔ Dia tabah saat dihina .

✔ Dia mempersona kerana memaafkan .

✔ Dia mengasihi tanpa balasan .

✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .

 

Adakah anda wanita yang di maksudkan??? Jika anda katakan ya, maka ganjaran syurga lah layak di berikan kepada anda. Kerana Allah itu maha adil, ada sebab kenapa anda di uji sebegitu rupa. Maka anda semua sebagai hambanya janganlah berhenti berdoa apabila di uji sebegitu rupa. Ucapkanlah Alhamdulillah apabila anda mendapat ujian tersebut. Kerana Allah akan sentiasa bersama dengan org yang beriman dan bertakwa..

 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Wednesday, May 9, 2012

CONTEST BY NORA DANISH

Views
                                                       ...... Assalamualaikum.....

Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera..
Korang semua tentu kenal dengan pelakon kecil molek yang bernama Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hasif bukan??
Iqa nak bagi tahu nie, pelakon Nora Danish ni telah membuat contest to all their followers..


                                                               Klik gambar untuk join..

      Syarat2 penyertaan untuk menyertai contest ini adalah..

  • Anda semua perlu blog Nora Danish Dlovers. 
  • Karangkan ayat yang bertajuk, Saya meminati pelakon Nora Danish kerana......
  • Tag kepada rakan2 blogers anda.
  • Bagi pemenang yang bertuah, Nora Danish sendiri akan follow blog tersebut dan letak blog tersebut dalam bloglist beliau. Dan yang paling best sekali adalah Nora sendiri akan buat entry khas untuk pemenang bertuah tersebut..
wah, seronoknya bunyinya.. Bukan senang artis nak buat contest macam ini. Nampkanya Nora danish ni amat menghargai para peminatnya. Sungguh bertuah kalau dapat menjadi pemenang bertuah pilihan nora bukan??? Agak2, sapelah yang bertuah tersebut.. Tak sabar nak tahu nama
blogger bertuah tersebut..

Saya meminati pelakon Nora Danish kerana, beliau adalah pelakon yang berbakat besar, cantik dan dan tidak sombong dengan para peminat beliau. Lakonan beliau yang amat mantap dan sangat berkesan dalam drama Tentang Dhia telah membuatkan saya melinangkan air mata. Mutu lakonan yang Nora Danish tampilkan sangat mengagumkan dan beliau mempunyai bakat yang sangat cerah dalam bidang lakonan..

                                                                        Tag:
                                                                   cik eyla dilla
                                                                      eyah ayeh
                                                                    Nurhazwana
                                                                   cik nur izzati

Tarikh tutup penyertaan adalah 15 MEI 2012


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Sunday, May 6, 2012

PETUA AWET MUDA

Views

               Setiap orang pasti mengimpikan kulit yang cantik dan berseri bukan?

Apabila kulit kita cantik, sudah tentulah kita akan merasa yakin dengan diri kita sendiri. 

  Setiap orang yang melihat kita pasti tersenyum dan kagum dengan kecantikkan kita miliki.

   Di sini Iqa ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk awet muda.

                                Dapatlah korang semua memanfaatkannya ok.

 

                                                   Lindungi kulit daripada matahari

Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.

                                                               Elak merokok

Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

   


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Saturday, May 5, 2012

FAKTA MENGENAI LELAKI YANG MUNGKIN PARA WANITA TIDAK KETAHUI

Views

1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.

2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.

3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~

4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.

5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.

 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

BILAKAH AGAKNYA AKU AKAN MEMILIKI LESEN MEMANDU

Views

                                    ASSALAMUALAIKUM...

2 hari yang lepas iqa ada bermimpi yang iqa sudah memiliki lesen memandu. tidak dapat iqa bayangkan perasaan iqa tika itu. happy sangat tau. Maklumla, dah lama sangat Iqa mengimpikan lesen tersebut. Bukan apa. sebelum ni langsung tak da masa nak amik lesen memandu. Busy yang teramat sangat. Sejak kerja kat Idrich Marketing ni. barulah ada masa kan. Cuti pun 2 hari. Seronok sangat keje kas sini tau.. Memang beruntung lah Iqa dapat keje kat sini..

 

Berbalik kepada mimpi Iqa tu. Iqa mimpi dapat 3 lesen tau. 1 lesen memandu. Yang dua lagi tu, Iqa pun tak tahu lesen apa.. hehehe. mungkin lesen PSV dan GDL kot.. Mana lah tahu kan. Haha..

 

Tapi kan orang kata kalau kita mimpi benda yang kita nak, mungkin tak kan jadi kenyataan. Betul ke?? so, harapan Iqa untuk memiliki lesen memandu tidak akan tercapai lah kiranya?? Iqa pun tak tahu la. Iqa bukannya pandai mentafsir mimpi. Tapi, orang kata, mimpi itu adalah mainan tidur. Betul ke??

 

 

Kalau macam tu, Iqa ada harapan lah nak dapat lesen memandu?? Berbunga2 perasaan Iqa tika dan waktu ini.. hehe..

 

Tapi apa2 pun, klau boleh, Iqa nak memiliki lesen memandu dalam tahun ni jugak. Iqa nak amik lesen motor dan kereta terus. Kan senang. Bangganya kalau dapat memiliki lesen tersebut kan. Kebanyakkan kwan2 Iqa sume da boleh bawak kereta tau. Iqa je tak tahu tau. Tu yang agak jelez sedik ti.. hehe. Junior Iqa waktu zaman kolej dulu, Iefa pun ada lesen memandu. Badan dia kecik je. Tapi kereta besar pun dia boleh bawak tau. Jangan ingat orang badan kecik tak boleh pegang stereng tau. Orang badan kecik lah hati dorang kuat tau..

 

Pape pun Semua orang ingin memilik lesen kan. Tak kira lah lesen pape pun. semua tu amat penting untuk kita semua. Sape2 yang ada lesen tu. kongsikan la pandangan anda ya. Thanks bab sudi baca entry iqa yang panjang lebar ni k..




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika