Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Friday, February 25, 2011

AYAT KELAKAR SELEPAS KHAWIN

Views
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye
Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Views
JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Monday, February 21, 2011

Ubat oh Ubat

Views
Hari ini iqa xlarat sgt...
td kat dlm klas iqa xsenang duduk menahan sakit..
esok da la ada quiz transportation.
kna bca chapter 1 smpai 3...
mna la sempat nk khatam smpai abis...

Mse leka iqa tgh berfb td, skit dtg blik..
iqa tdo la kejap..
nk dekat kol 2 junior iqa kejut..
"kak, xnak gi klas ke. da kol 1.45 neyh"'..
sy pun bgn la nk gi klasa..

Tibe2 sakit tu dtg lagi..
n tibe2 sy nangs teresak2...
mlu iqa TERnangis dpn junior au..
hehe... da skit sgt nk wat cm ne..
pas tu junior iqa nasihat suruh pergi klinik..

Dlm perjalanan nk ke pejabat ( nak mintk kebenaran ke hospital)..
kwn iqa panggil.. iqa wat xtau je..
maklumla skit sgt..
dkt setengh jam tunggu...
rupanya budak klas iqa, aqilah n hadziqa sakit gk..
kami pun gi klinik sme2 nek bas kami yg sgt cntik.
tp dlm bas tu ada 5 org yg skit shj..
bas yg besar, tp dlm bs tu ada 5 org je..

pas tu nme iqa di panggil oleh doktor..
doktor tu yg merawat iqa sbelom neyh..
nme doktor tu muhammad zainuddin bin mohammad..
dia baik sgt..
doktor tu pandai melayan pesakit..
n then dia bg iqa cuti 2 hari...

iqa pun pergila kekaunter ubat..
tunggu punyer tunggu nk amik ubat..
mak oi.. byknya ubat dia bg..
sgala mcm ubat ada 6 jenis..
ubat sbelom ni pun iqa xmam..
iqa ni an degil skit bab mam ubt neyh..




hasilnya ubat yg perlu iqa mam..
betapa peritnya nk kna makan sume eyh..
InyaAllah klau larat iqa mam..
iqa xnk skit lg..
doakan iqa cepat semboh au kwn2..
syy korang lebiy la..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Friday, February 18, 2011

1 hour at Tanjung Balau

Views
Smalam iqa pergi tanjung Balau dgn junior2 iqa..
mula2 kita org ingat nk pergi Desaru..
tapi tukar plan lak coz tanjung balau xramai org..
kami pergi sramai 6 org..
iqa, iefa, huda, ila, nurul huda(ganu), eja(kedah)..
best tau gi rmai2 dorg sume sporting n happpening..
walaupun junior lg.. dorg mmg best la..
byk foto2 n aksi2 yang menarik kami lakukn semasa mndi..



masa mula2 smpai kat pantai..
betapa excited nya kami nk mandi...
maklumla, da lama xpegi pantai an..


masing2 ada gaya yang tersendiri semasa mandi..
maklumla pantang tgk kamera..
ada sahaja gaya yang ingin ditunjukkan.
.


kat sini xrmai org dtg tau..
time ni air pantai tgh pasang..
sepatutnya xley mandi.. siap ada bendere merah lagi..
kami ni kan degil, tapi tetap mandi gkk...
xkan la da dtg dari jauh xnk mandi an.. rugi la cm 2..



happy nya kami mase ni..
bila la boley santai2 n mandi cm ni lg an.
yang paling best masa baling2 pasir..
smpai termasuk dalam mulut iqa..
wek2.. pasir xsedap ok.. nk munth
..

.


kegembiraan dalam kedukaan..
nak tau npe iqa ckp cm 2???
sebab masa tgh syok2 kita org lumba main2 merangkak..
masa la iqa sedar yang CINCIN pemberian DIA ilang..
da 3 kali iqa cari au.. tapi xjumpe2..
junior iqa ckp cm ne nk jumpe...
tentu da di bawa oleh ombak..
sediy tau mase ni.. cincin tu da la mahal..
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.
patut la iqa beria2 sgt ajak junior iqa mandi pantai.
tp xpela. klau Allah da tetapkan cincin Iqa ilang..
Iqa redha, mungkin da tiba masanya Iqa lupakan dia..


masanya untuk pulang ke ke kolej..
dalam bas ikan.. sempat lg membeli aiskrim..
aiskrim perisa strawberi n durian je yg ada...
kami makan aiskrim perisa strawberii..
masa ni dalam bas ikan..
kami da janji dgn pakcik yang bawa bas ikan suruh datang kol 6.15..
nak tahu kenapa panggil bas ikan??
sebenarnya kat badan bas tu ada mcm2 gmbr hidupan laut..
sebb tu panggil bas ikan.. lupe lak nk amik gmbr bas tu..
lain kali erk.. pape pun kami tetap enjoy ari ni...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Wednesday, February 9, 2011

KEKEJAMAN KOMUNIS

Views
Assalamualaikum iqa ucapkan kepada anda semua...
iqa harap korang sume berada di dalam keadaan sihat ok..
da lama iqa xmenulis blog ni..
almaklumla, iqa an student.
agak buzy sikit la dengan assingement yang berlambak ni..
semalam iqa blajar subject Kenegaraan Malaysia or sejarah.
kita org kna wat movie maker pasal komunis..
Iqa pun nak share sikit dengan korang pasal kekejaman komunis..
harap dengan gambar ini korang dapat amik iktibar k..



ini adalah di antara kekejaman komunis
semasa bertapak di malaysia dahulu
kejam kan? mereka akan menangkap seiapasahaja yg mereka suka
dan akan meyiksa mangsa2 nya sesuka hat
i

komunis ni mereka bersembunyi di dalam hutan tau...
mereka melancarkan serangan secara serang hendap.
mereka akan datg pada waktu malam bila sume org da tido..

komunis ni kejam au kawan2...
mereka akan bunuh sesiapa sahaja yang mereka suka..
budak kecik ke, org tua, org muda, kaum wanita pun dibunuh..
bukan sahaja mereka di bunuh, tapi mereka di seksa dengan kejam tau..

betapa kejamnya mereka kan..


ini pula adalah gambar tempat persembunyian anggota komunis..
iaitu di dalam hutan..
mereka sukar tau nk dapatkan makanan..
tapi org yang menjadi tali barut komunis yg bekalkan makanan kepada mereka..




mereka akan di pancung di depan org rmai jika tidak menurut arahan..
kiranya sebagai iktibar kepada semua orang la..
supaya semua ikot arahan dia..
kejam kan komunis ni..
ni ada lah gambar mereka yang tidak mahu bekerjasama dgn pihak komunis







Iqa rasa sampai di sini sahaja gambar tentang kekejaman komunis..
kejamkan mereka..
kita sebagai rakyat Malaysia patut bebangga dgn pencapaian kita pada hari in..
nenek moyang kita dahulu bertungkis lumus untuk mempertahankan tanah air...
so kita patut bersyukr kerana kita tidak perlu berperang..
dan di seksa seperti nenek moyang kita...
sebagai rakyan Malaysia pula kita perlulah menhghormati satu sama lain..
semaikan semangat 1 malaysia dalam diri kita ok..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika