Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Thursday, March 28, 2013

Cendawan Goreng Oh Cendawan Goreng

Views
                                                        ............ ASSALAMUALAIKUM.............

                      Akhirnya semalam  dapat juga Iqa makan cendawan goreng setelah 2 minggu Iqa menahan kempunan untuk menikmati cendawan goreng.. Eceh.. Ayat tak ley blah. Macam orang mengandung yang tengah mengidam pulak kan. Nak di jadikan cerita, masa Iqa balik Johor hari tu. Iqa cakap kat cayunk Iqa.

Iqa       : ''B, ayang teringin lah nak makan cendawan goreng. Sedapnya"..
Fauzan :''Yeke, nanti kita cari k''..

                    Puas kita orang cari dari Kota tinggi, Ulu Tiram dan sampai ke Jb. Cendawan Goreng yang di idam2kan tu xda. Menangis tak berlagu anak cacing dalam perut Iqa tu. Bile dah balik ke Kl tu, terserlah lah wajah kehampaan yang tak dapat makan cendawan goreng.

                  Seminggu lepas tu. Iqa ada nampak apek nie beli cendawan tiram. Iqa cakap dalam hati Iqa.

           ''Baik aku buat sendiri. Lagi jimat dan boleh aku makan sampai puas".. ngomel Iqa di dalam hati.

                             Sebelom tu, Iqa search la dulu macam mana nak buat cendawan goreng. Apa bahan2 untuk buat cendawan goreng. Iqa cari resepi yang terbaik dan termudah untuk membuatnya. Bile dah tahu bahan, Iqa pun beli lah bahan2 untuk buat cendawan goreng tu. Iqa beli cendawan dengan tepung bestari tempura.

                     Balik rumah eksaited gile nak buat cendawan goreng.Dengan muka yang gembira lagi ceria. Terus Iqa pergi dapur. Nak sediakan bahan2 untuk cendawan goreng. Lepastu Iqa tengok minyak masak. Alamak! Minyak masak dah habis pulak. Orang da eksaited gile nak buat cendawan goreng. Dengan muka yang lesu dan penuh kehampaan. Terus simpan balik bahan2 dia. Terus Iqa bukak tv. Tengok tv lagi bagus.

                     Tapi masa tengah tengok tv tu, tak khusyuk pun. Yela, teringatkan cendawan goreng tu. Malam tu mmg Iqa badmood. Cian kat cayunk Iqa. Masa gayot tengah malam tu xda mood. Thanls kepada awak sebab tahan dengan perngai saya. Sayang awk sangat2 tau. hehehe..

Keesokkan harinya. Bahan2 dah cukup. So Iqa pun sediakan la bahan untuk buat cendawan goreng. Mule2 Iqa keluarkan cendawan. Iqa tak basuh tau. Petua untuk menjadikan cendawan goreng lebih rangup, anda di larang sekeras2nya untuk membuat cencawan goreng. Bukan apa, kalau korang basuh, cendawan tu kan dia serap air. Kalau korang basuh, dia akan cair lah time goreng nanti. Tu yang jadi cendawan goreng yang lembik dan tak sedap.

                       Bila da siap masak tu. Perh... Menjadi juga cendawan goreng Iqa. Sedap tak terkata. Lagi sedap cendawan greng Iqa dari cendawan goreng yang Iqa pernah beli sebelom nie. Aleh, puji masakkan sendri. Well, kalau bukan kita yang puji masaakan kita, sape lagi kan. hehehe.. 


                                                        Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

                                                                               

                                       Walaupun rupa dia tak berapa cantik, tapi rasa dia memang sedap tau. Iqa berpuas hati lah. Banyak gak Iqa masak. Setengah paket cendawan. Boleh lah dalam 5 Ke 6 orang makan. So Iqa sangat happy dan hilang kempunan Iqa. Tolg jangan sekeh Iqa ok. Tu je yang Iqa nak share. Berjumpa lagi di entry yg seterusnya. 

                                                                      Bubye u all..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Tuesday, March 26, 2013

30 RAHSIA TENTANG PEREMPUAN

Views
                                                               
                                                                     


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Monday, March 25, 2013

153 COMMENT AWAITING MODERATION

Views
                                     ....ASSALAMUALAIKUM...

Blogger dashboard

 

  All blogs





Wow! Macam tak percaya je. hehehe.. Tapi Iqa tak approved pun comment2 tu.. Atas sebab2 yang tak boleh nak di elakkan.. Tapi Iqa tau. comment yang korang dapat lagi banyak dari Iqa kan. Iqa ni blogger biasa je. Menulis pun jarang. Kalau nak tulis pun ikot kerajinan je. Hehehe...

                                                 Tu je kot Iqa nak cakap. Hehehe..

                                              Happy blogging for u all. Have a nice day..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Sunday, March 24, 2013

BURGER BAKAR

Views
                                                       ......... ASSALAMUALAIKUM......

Sedang Iqa leka menyiapkan kerja2 yang tak berapa nak banyak nie, tibe2 di bayangan dan minda Iqa teringatkan Burger Bakar yang Iqa makan Kat Pandan City hari tu. Bestnya burger bakar! hehehe.. Rasa nak makan lagi je. Ada yang sudi belanja Iqa x?? hehehe..




                  Nanti kalau balik Johor, Iqa na suruh Bf Iqa belanja burger bakar la. heheheh.. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Saturday, March 23, 2013

Tak tahu nak letak tajuk apa

Views
                                                          ASSALAMUALAIKUM...

Bulan ni last Iqa berada di KL nie. Maksudnya Iqa da tak duduk n berkerja di sini lagi. Iqa da buat keputusan n fikir semasak- masaknya yang Iqa nk Pulang ke kampung halaman Iqa di Kluang Johor. Kampung lah sgt kan, wakakaka.. Iqa ingat nak cari kerja kat sane je. Iqa tak kisah pun kerja apa. Aslkan nak yang office hour dan weekend cuti ler. Kalau boleh nak cari kerja sebagai kerani lah kat mne2 yang sudi ambil Iqa berkerja. Plis, amiklah saya berkerja. Saya janji akan kerja dengan elok2 dan akan komited dengan kerja saya. Perh, buat drama murahan sebentar. Hehehe...

Untuk pengetahuan korang, dulu Iqa tinggal di  Kota Tinggi. Tapi Abah Iqa kan Tentera, so dia kena transfer kat Kem Mahkota kat Kluang Johor. Agaknya kat Kluang tu best x?? Agaknya orang sana baik x?? Agaknya dorang sudi x berkwan dengan saya???  Apa da... Berapa kali agaknya la.. wakakaka....

Tapi entah la, macam tak percaya pula yang saya akan pulang ke Johor, Dulu bukan main xcited datang ke Kl nie mencari sesuap nasi dan rezeki yang Halal. Macam2 kerja saya pernah buat. Masa mule2 tu kerja Kilang je Kot. Da dapat kerja yang lagi better pastu berhenti. Jadi lah saya seorang Kerani yg Berjaya. Berjaya lah sangat. Paling mencabar kerja Kat Body Perfect la sebagai Custmer Service Executive. Macam2 ragam n karenah custmer yang kena hadapi. Yang best  Gaji Pun masyuk. Tempat tu selalu kerabat diraja, datuk2 n datin2 dtg. Dorang memang baik tau..

Iqa perhatikan kan, orang yang biasa macam kita nie berlagak je lebih. Tapi tak semua la. Manusia ada yang baik, dan ada gak yang sombong. Nak buat macam mana. Bulu sama hitam, tapi hati lain2.. Apa da tukar pepatah.. wakakaka...

Rasanya da banyak Iqa melalut nie,. Iqa rase Iqa cuma nak cakap yang Iqa nak balik Johor n kerja kat sane, Iqa suka sangat dngan Johor tau. Johor best ada pantai, pokok2 kelapa sawit. Tak macam KL, banyak Bangla dan orang asing. Pening dengan kehadiran dan lambakkan pendatang asing di Malaysia nie. Serius cakap. Mesti korang dah bosan kan dengar Iqa membebel. K la, Iqa nak mendiamkan diri sekarang juga sambil merajuk n buat muka Duckface. hehehe..

Berjumpa lagi di Entry Yg seterusnya.. Bubye...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Monday, March 11, 2013

KFC DELIVERY

Views
                                         .......... ASSALAMUALAIKUM........

KFC delivery pun ada??? Terkezot kure2 Iqa tau. Iqa tak tau pun KfC ada dellivery. Seriously! Kalau Iqa tahu, da lame Iqa order k. Buat pengetahuan cik adiq yang manis n cik abg yang ensem, Iqa ni penggemar ayam goreng KFC yang tegar ok! Hari2 Iqa mesti nak makan ayam goreng. Nampak benor nipunya.. Ehem, xdala sampai hr2. Tak elok pun mkn ayam goreng hari2, bynk kolestrol. Tapi saya sedar diri saya gemuk ok. Sob2.. (menangis kiut)....

Setiap kali Iqa pergi ke restoran KFC, Iqa pasti akan order SNACK PLATE & CHEEZY WEDGES! That was my favourite food oK!
       
.Sedap kan??? Taip entry sambil menahan rasa lapar yang teramat sgt. Iqa tak boleh lah kalau tgk gambar makanan yang Iqa suke. Automatik perut akan menjadi lapar tau. Da nyanyi2 da perot nie. Lapaaaaaaaar.. hmmmm.. Sudah parah tahap kelaparanku ini. Camne lah orang kat Afrika tu tak xda makanan kan. Macam mne lah dorang tahan kan??? 


                                          Snack Plate yang menjadi dambaanku.. wakakaka


Cheezy Wedges yang sungguh sedap!!!




                               Oleh kerana Iqa rajin hari ni, Iqa akan tunjukkan senarai menu yang korang boley order.Untuk pengetahuan korang, waktu nak buat delivery adalah pada pukul 11 pagi sehingga 11 malam sahaja. Kalau nk order tu, harga mestilah melebihi RM 15 dan ke atas.. 

                                                                 SENARAI MENU:

                                                                        RM 12.40
                                                     Your Specials - Set A
                                                                                                   2 pcs Chicken
                                                                                          1 Whipped Potato (R)
                                                                                                 1 Coleslaw (R)
                                                                                          1 Can Carbonated Drink 
                                                                                
                                                                           
                                                                               
                                                                        
                                                                                   
                                                                        RM 14.50
                                                    Your Specials - Set B
                                                                                              3 pcs Chicken
                                                                                         1 Whipped Potato (R)
                                                                                                 1 Coleslaw (R)
                                                                                         1 Can Carbonated Drink
                                                                                                                     


                                                                                 
                                                                   
                                                                                                    RM 13.00
                                                      Your Special - Set C
                                                                                                   1 pcs Chicken
                                                                                                 1 Colonel Burger
                                                                                              1 Whipped Potato (R)
                                                                                                     1 Coleslaw (R)
                                                                                                1 Can Carbonated Drink
                   

RM 11.20
 Your Specials - Set D
                                                                                              1 Zinger Burger
                                                                                          1 Potato Wedges (R)
                                                                                          1 Can Carbonated Drink
                                                                                                           


RM 11.20
 Your special- Set E
                                                                                                       
                                                                                            1 Toasted Twister
                                                                                          1 Potato Wedges (R)
                                                                                        1 Can Carbonated Drink

                                                                       


                                                                                               
                                                                                                                                             
                                                                                                          RM 9.50
                                                         Your Specials - Set F
                                                                                                       1 pcs Chicken
                                                                                                      1 Chicken Rice
                                                                                                       1 Coleslaw (R)
                                                                                              1 Can Carbonated Drink



RM 11.70

                                                                                       1 Cheezy Zinger Burger
                                                                                          1 Potato Wedges (R)
                                                                                       1 Can Carbonated Drink



RM 11.70
  
                                                                                           1 Tangy Zinger Burger
                                                                                            1 Potato Wedges (R)
                                                                                           1 Can Carbonated Drink


So macam mana?? da pikir ke korang nk order yang mana?? Ok kalau korang nak nk order KFC delivery korang boley pergi ke website dia or terus call je.


Nombor KFC Delivery: 1300-222-888

Berjumpa lagi di entry yg seterusnya.. bubye...
                                                                 


                                                                                                       
                                                                                                          


                                                                                                                        


                                                                    



                                                                                  

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Friday, March 8, 2013

BABY COMEL

Views
                                              ........ASSALAMUALAIKUM...........

Nape ntah tetibe je iqa nak post pasal baby. Macam tak sabar je nak ada baby sendiri. Iqa sukakan baby tau. Tak tau lah baby yang pernah iqa pegang tu sukakan iqa ke tak kan. Janji iqa suka ok?? hihiihi...

Iqa malas nak membebel panjang, so korang enjoy lah k tgk gmbr2 nie. 









 comel kan gambar2 tu. Nanti kalau iqa ada anak kan, iqa nak beli untuk ank2 iqa. Pastu bawak dorang pergi jalan2. Mesti ramai orang dtg tgk ank iqa an. hihihi.. berangan jap. K la, iqa xda idea da nk menulis. Jumpe korang di entry yg seterusnya k. Bubye....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika