Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Wednesday, November 14, 2012

HANGOUT WITH MY BFF. LIMA TAHUN TAK JUMPA..

Views
                                                               ASSALAMUALAIKUM....

Hari ni Iqa happy sangat tau. Sebab Iqa nak jumpe dengan BFF Iqa yang dah 5 tahun tak jumpa. Wow,5 thn tu. 1 jangka masa yang agak lama kan??? Macam tak percaya je. So kiranya sesi jejak kasih la. Rindu tau kat dia. Sebelom ni hanye chat n msg kat muka buku je. Sebenarnya dia tak ley cuti hari ni tau. Tapi sebab saya ni amat rindukan dia, so dia mintak cuti lah dengan bos dia yang kekwat tu. Sanggup tau dia cuti sebab saya tau. Tu lah namanya BFF kan. hehe..

                     Kami membuat keputusan untuk bertemu Di Time Square. Tempat shopping yang amat saya sukai. Mule2 kita owang nak  tengok wayang. Selamat dia bukan jenis yang cerewet. Dia tak kisah pun nak tengok cerita apa. Dan saya pulak nak tengok cerita Istanbul Aku datang. Lakonan Lisa Surihani, Tomok, Beto Kushairi dan aizat. Best tau cerita dia. Ada part kelakar, si lisa ni dia takot kucing. Dan bila dia nampak kucing tu, dia menjerit la. Dia panjat  atas belakang Beto Kushairi nie. Si beto ni pun marah2 la suruh dia turun bab dia tak nampak. N then part yang sedihnya bila Lisa kena hina n maki oleh Tomok. Bab dia ingat Lisa bersekedudukan dengan si Beto nie. Mcam2 dia tuduh Lisa. Padahal si tomok ni yang jahat. Dia  yang ada skandal dengan pompuan lain. Bila part sedih tu kan, memang mengalir betol air mata.

                                  Kiranya cerita tu memang best la. Tak rugi tengok tau.Memang berbaloi lah tengok cerita nie. Tapi yang tak best nya kami duduk kat seat depan sekali.Memang penuh la 1 dewan. Masa tu ingat nak tengok cerita pukul 2. Cerita pukul dua ada beberapa seat je. Tu pun duduk asing2. Tak nak lah duduk asing kan. So kita owang pun buat keputusan untuk tengok cerita pukul 4. Menanti pukul 4 tu, kita orang pegi makan dulu. Masing2 belom makan lagi. Myra cakap dia tak makan lagi. Sebab dia nak makan dengan Iqa. Ws, terharunya kan. So Myra decide dia nak mam kat Subway. Saya ikut je. Kami order chicken terriyaki. Memang sedap, tapi makan sikit je saya da muak. Haha..

                                     So bermulalah sesi bercerita. Almaklumlah, dah lama tak jumpa kan. So banyak lah yang nak di ceritakan. Dari kisah peribadi sampai lah ke alam perkerjaan. Rasanya tak cukup 1 hari kot.  Lepas makan tu kami jalan2 la. Kita orang berkenan dengan 1 kasut tu. Cantik sangat. So, kami pun beli lah kasut tu. Kami membeli kasut yang sama. Hehe...

                                      Myra pantang tengok  baju tau. Kalau boleh, semua dia nak beli. Dia tanye pendapat Iqa. Cantik tak baju tu. Bila Iqa cakapbaju tu cantik, terus dia beli. N then lepas bayar harga baju tu dia ckap," psal ko lah aku beli baju ni". Sengal dia kan. Iqa lak yang di persalahkan. Kan cakap baju tu tak lawa, marah lak. Haha.. So layankan jela..

                                   Lepas da penat n termuntah pusing satu Time Square tu, dia ajak Iqa pergi Sungei Wang.  Dia cakap nak beli cincin untuk dia dengan pakwe dia. Nak ganti cincin yang dia hilangkan tu. Alahai, romantiknya kwan baikku ini. Dia beli cincin yang ada ukiran Love2 tu. Boley lah tahan. Tapi bukan orang tua2 cakap, tak elok ke bagi barang2 macam tu. Nanti hubungan tak kekal. Iqa pun tak tahu lah betul ke tak. Orang Melayu ni kan banyak pantang larangnya. 

Lepas tu nampak aiskim McD. Iqa  nie pulak tak boley nampak makanan. Rasa nak makan je. Pastu Iqa pun order lah satu aiskim sundae stoberi kesukaan Iqa .Iqa siap pesan lagi kat abang McD tu..

'' Abang, stoberi lebih yew. Jangan kedekot.. Heheh",.... kataku dalam nada bergurau.

" Nak lebiy boley. Tapi kena bagi num phone dulu", kata abang McD tersebut.

                             Nah, amik kau. Penuh satu cawan aiskim ku. Sampai tumpah2. Happy sangt2 bab dapat makan aiskim. Rasa macam nak lompat2 tau sebaB terlalu seronok sebab dapat makan aiskim.. Hehe.. Masa tengah tengok2 barang tu, mira suruh Iqa pegang aiskim dia tau. Masa nak kuar dari kedai tu, Iqa terlanggar satu amoi nie. N then aiskim mira terkena kat rambut amoi tu. Amoi tu tk perasan kot kat rambut dia terkena aiskim. Takot punyer pasal, terus Iqa keluar dari kedai tu. Iqa cakap dengan Mira. N then Iqa suruh mira buang aiskim tu. Bab da terkena rambut amoi tu kan. Mana lah tahu kat rambut dia ada kutu. Hik2...

                  Iqa rsa sampai sini dulu citer Iqa. Bab Iqa nak tengok citer Putera Rayyan ni.
                                                            Bubye semua....

P/S: Mungkin cerita nie agak keboringan sedikit sebab tiada sebarang gambar. Myra ni pemalu orangnya..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Wednesday, November 7, 2012

TAK SENONOH BETUL

Views
                                                              Assalamualaikum.....

                                                                 Tak jawab dosa tau...
Hari ni hari rabu. Iqa seronok sangat tau kalau hari rabu.. Dalam banyak2 hari antara isnin, selasa, khamis, jumaat, sabtu dan ahad... Iqa paling suka hari rabu.. Nak tahu tak nape Iqa Obses sangat dengan hari rabu??? Nak tahu x npe??? Sebelum tu, angkat kening macam the ROCK dulu.. Hik2..

                                                                    S
                                                                    E
                                                                    B
                                                                    A
                                                                    B

                              Hari rabu adalah hari Iqa cuti.. Yeeeeaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyy.... Seronoknya cuti. Selama enam hari berhempas pulas utk berkerja kan.. Akhirnya Iqa cuti jugak kan... Hehe.. Korang ada tak rasa macam nk sekeh kepala Iqa?? Kecoh betul kan??? 

                          Hari ni Iqa pergi bank RHB kat Salak Selatan. Kad RHB Iqa ada problem. Iqa call centre dan dia ckp sebab iqa da lame tak guna kad tu. Da dekat setahun. So Iqa kena pergi RHB tukar kad baru. Actually gaji Iqa da msuk hari isnin. Tapi sebab kad tersebut bermasalah, Iqa terpksa tunggu smpai hari rabu. Alahai, baru nak makan sedap2..

                          Alhamdulillah mse pergi kat kaunter, Abang RHB tu ckap kad Iqa xda problem.. ( kalau kad rosak kena buat kad baru nak byr 20 hengget..).. Dia ckp RHb sekat kad tu sebab da lame tak guna kan. Alhamdulillah sebab sume settle tak smpai 10 minit. Ada sorang Abang RHB ni baik sgt. Dia lah tolg Iqa settle sume. Siap teman Iqa p kaunter. Dia pun peramah macam Iqa tau. Dia siap tolong daftarkan Internet utk Iqa. Kiranya macam online bank in la. 

                       So lepas nie, Iqa nak check baki ke, buat payment, or topup ke.. Boley online je. Bestnya dengan kemudahan dia. Lagipun Iqa memang berpuas hati dengan servis yang di tawarkan. Dari call centre smpai lah servis RHB..  Iqa sangat puas hatui.. Iqa bagi 6 BINTANG utk perkidmatan mereka...

Yang paling kelakar tadi Abang RHB tu ketawakan Iqa. ( ketawa Abg tu sweet sgt..).. Mule2 iqa tak tahu dia ketawakan psl apa. Masa tu Iqa nak daftarkan RHB online Iqa. Iqa msukkan pasword N security question. Iqa ingat dorang tak nampak tau. Rupanya dorang boley nampak kat screen tu. Security question Iqa Ayam Goreng. Dorang tanye lah kenpa ayam goreng. N then Iqa pun cakap la, " sy selalu teringatkan ayam goreng. lagipun, saya memang sukan makan ayam goreng KFC.. Saya memang obses dengan ayam";....

Apa lagi, dorang ketawa lah macam nak pecah perot. Pak guard pun datang. Dia ckp dalam bank tak ley ketawa. Iqa tertanye2 dalam hati.. Apa yang kelakar sgt.. Sampai dorang ketawa. Ayam goreng je kot.. Entah la.. Pelik betul.. Masa da settle sume tu Iqa terus keluar dari RHB bank tu...

Lalu kat kedai China, busuk betul bau.. Rsa nak muntah bau.. Sgt busuk. Mcam mana lah dorang boley makan kan.. Dengan berbaunya.. Masa Iqa nak ke LRT tu, tau tak apa yang Iqa nampak??? Ya Allah ya Tuhanku... Terkejot Iqa. Ada sorang lelaki India ni kencing kat longkang. Tempat AWAM pulak tu. Iqa TERpandang aksi dia. N then dia pandang Iqa. Iqa terus jalan. Takot lah.. Huhu.. Tapi Iqa tak nampak pun BENDA dia k. Dan sikit pun tak ingin nak tengok.

Merosakkan pandangan mata betul....

p/s: Lagi suka tengok pemandangan yang indah ciptaan Tuhan..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika