Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Friday, August 30, 2013

STEAMBOAT TIME!!!

Views



Sebelom tu Iqa nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 56 kepada korang semua. Semoga negara kita akan sentiasa aman dan makmur. Semoga Allah memberkati hidup kita dan melindungi kita dari anasir yang buruk. 

                    Sambutan hari kemerdekaan dekat Kota Tinggi nie tak kurang meriahnya. Siap ada konsert lagi. Jalan dari Kota Tinggi menuju ke JB agak sesak. Parking kereta dak dekat sini mmg sesak dan tak da parking! Sampai nak tengok bunga api pun berhenti pun kat tepi jalan je. Nak pergi tengok konsert, tapi penyanyi nya tak best la. Memilih haku ini. He he he.

                                   So sebelum nak tunggu tepat jam 12 malam. Kita orang nak pergi isi perut yang comel dan montel nie dulu ha. My laling buat rancangan last minute. Kalau dia cakap awal2 kan bagus. Boley ikat perot semata2 nak makan steamboat. Da la ptg haku melantak nasi goreng kampung dengan tak sedar diri. Malam tu pulak makan steamboat. Memang penuh la perut. Kita orang pergi 3 orang je. Haku, my laling n adik dia. Sepatutnya ada sorang lagi budak cine yang bernama zhi king nie ha. Mana ntah dia pergi. Call tak angkat. Memang nak kena jentik budak nie. 

Nama restoran yang kita orang pergi tu adalah LAGI BEST! Ianya terletak di Taman Gaya, Ulu Tiram johor. Ianya mempunya pelbagai menu sperti steamboat, grill, sayur-sayuran, buahan2, nasi, pelbagai jenis bebola yang paling penting tentulah aiskrim ! Kita suke sangat aikskrim tau! Tapi cume ada 3 perasa je. Vanilla, jagung n coklat.

 Buat pengetahuan korang, ini  adalah kali kedua kita orang pergi sane. Dulu harga dia lain tau. Sekrang bagi dewasa dia charge RM21. Kanak2 dan warga emas RM10 je. Kalau tak habis, dia charge RM5 untuk setiap 100gm. Bagi Iqa berbaloi la makan kat sini.  Yang penting dia mesti ada ketam. Kalau tak da ketam gerenti aku tak nak pergi. Hahaha.. Pernah tau masa kat KL Iqa mam steamboat kat restoran Tupai- tupai nama dia ha. Harga dia 29.90. Tapi ketam tak da nok! Rasa macam nak marah je. Tetibe lak angin kus2 haku datang waktu tu. Lain kali da tak nak pergi restoran tupai2 tu ha!

Jom kita tengok mereka makan. Sorry tak da picture i. Sebab tahu muke kita buruk bile tengah makan ketam tu ha.. He he he..






Muka budak happy dapat makan Steamboat. Sorry ler gambar tak cantik. Henpon murah la katakan.



Nie adik dia. Faiz namanya. Tengok muke dia khusyuk bebenor nak buat makan. Sekrang dia blaja kat Kolej Profesional Mara Bandar Penawar dan mengambil jurusan Accounting. Buat pengetahuan korang, kpm tu adalah ex-college Iqa..



Dua beradik nie bertungkus- lumus memasak makanan masing2. Iqa tengok je. Tak suka la nak grill2 nie, Leceh tau. Masukkan ketam n udang kat kuah tom yam. Bile dah mendidih terua angkat da makan. Senag kan?? Kita minum air 100 plus je. Aiskrim tambah 4 kali tau! Pliz percaya ok~!




Sisa2 ketam sape tu ha! Penuh satu pinggan! Dorang dua beradik nie kan pelik bebenor. Mereka kurang meminati makanan laut. Dorang juz makan bebola, ayam, nsi n aiskrim je. My laling nie pulak langsung tak suke ikan. Iqa nie pulak pemakan ikan yang tegar! Amboi ayat, kemain. He he he.




Kira2 2 jam kita orang makan kat situ dengan angkuhnya. Tak pandang kiri kanan. Selagi ada makanan bedal je. Pukul 11.30 baru kita orang balik ke Kota Tinggi. Tapi tak balik rumah dulu sebab nak tengok bunga api. Parking penuh. So juz berhentikan kereta kat tepi jalan dan tengok bunga api kat situ je. Sekejap je bunga pertunjukkan bunga api. Kalau kat KL mesti meriah gile2. I really miss KL damn much!!
  



 Tetibe je Iqa tunjuk gambar produk tu. Tak da kena mengena pun dengan steamboat tu ha! Tapi nak share jugak. Iqa kan ada masalah resdung. So orang yang ada masalh resdung nie tak di galakkan makan seafood kan?? Kalau makan jugak, nnti gatal ler seluruh muka dan badan. Tapi baru Iqa perasan sejak Iqa gune produk Magical Slim Soap keluaran Jamu Susuk Dara tu, Kulit Iqa da tak allergik da bile makan seafood.  Best sangat tau. Bukan sahaja kulit kita makin lembut dan sihat, tapi parut kat badan pun da berkurang. 

Yang paling best dalam sabun tu ada seaweed dan daun pegaga, yakni bagus untuk kecantikan kulit. Sabun tu bukan sahaja untuk kecantikan kulit, tapi untuk slimming tau. Best gile tau. Kenapa la Iqa tak tahu dari mule kan. Thanks kepada pengasas Jamu Susuk Dara iaitu Puan Hanni Borhan sebab mengeluarkan produk yang best macam nie. Saya kini bebas masalah allergik! So kepada sesiapa yang ada masalah allergik bile makan seafood, boley la try produk nie k. Memang magic lah sabun nie. Sya jamin anda akan puas hati seperti saya.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Sunday, August 25, 2013

INSOMNIA

Views



Masa aku tengah taip entry nie aku baru je nak tidur. Da 2 jam aku cuba untuk melelapkan mata. Tapi tak boleh jugak sebab penyakit sukar untuk tidur atau omputih cakap insomnia nie nie telah menyerang aku sejak bulan puasa aritu. Mata memang sakit n rase mengantok. Tapi bile pejam tak tidur2 jugak. Kesian tau kat aku. Selalu je tidur lambat tau. Kadang2 kol 4 pg baru aku boleh tidur. 

Bayangkan aku tidur lambat, tapi nak bangun keje awal. Bangun pagi badan rasa lemah gile. Masa kat tempat kerja asyik mengantuk je. Mata aku nie da macam mak panda dah. Buruk gila. Rasa tension pun ada. Sampai nak tengok muka sendiri pun rasa benci. Teruk kan?? 

Aku pun tak tahulah kenapa ada penyakit macam nie. Mak nenek, sedara mara, kaum kerabat aku pun tak da pun penyakit nie. Tapi kalau dorang ada, aku tak tahulah pulak. Nak kata tua, aku nie muda remaja ceria lagi. Ha ha ha. Tapi penyakit macam nie tak kira umur pun sebenarnya. Tapi still tak jugak!

Time tak boleh tidur nie la macam2 masalah negara pikir. Tipu jela. Aku berangan je lebih. Macam2 yang aku berangan. Jadi kaya la, kawen dengan anak raja la. Macam2 la angan2 aku. Kan best kalau angan2 tu jadi kenyataan. 

Aku rasa tu je kot aku nak membebel malam nie. Tadi nak buat entry pasal pegi open house tadi ha. Tapi nape entah tetibe aku cerita pasal insomnia nie. Saje je nak bagi tahu korang tu ha. Sape kat sini ada penyakit nie jugak. Sep sikit. Kita geng! Hahaha..

Tu je kot nak cakap. Jumpe lagi di entry yg seterusnya. Bubye ollzz... :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Wednesday, August 21, 2013

SANA SINI RAYA

Views
                                                                                         


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Pada malam isnin yang lepas si dia ajak Iqa beraya kat umah member2 dia kat Air Tawar. Mule2 macam segan. Tapi bile pikir bab makan, takkan nak tolak kan? Bak kata pepatah orang dulu2, ''rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari'. Ye idak?? Hehehe. Tahun nie 1st time kita owang raya bersame as a couple. So we decide kaler pada tahun ini adalah hijau turqoise. Nak sedondon la katakan. Baru nampak suweet kan. Badan masing2 comel gitu. Ha ha ha..

 Mule2 ingat nak ambil gambar berdua. Sebab pakai baju sedondon kan. Tapi aku macam malu je. Kalau korang tengok gambar aku kat fb,  tak pernah pun ada gambar aku berdua dengan si dia tu ha. Dalam henpon pun tak da okeyh. Sebab aku kan malu kure2. Teringin jugak nak mengabdikan gambar kami bersama2, taip belum sampai masanya kot. Bapak teruk kan. Awak jangan ler mara syg erk. Nanti kalau saya da bersedia, kita amik la gambar sme2 k. Biar satu malaya tengok gambar kita bersme. Bapak poyo! Ha ha ha..
                                                                             
Ini nama dia kaq Farra. Dia satu opismate dgn my syg. Aku sorang je orang asing kat situ yang tak tau  malu ikot dorang pegi rumah terbuka. Tak kisah pun kan. Dah orang ajak, mak ikot je. Hehehe.. Dalam byk2 dak Tmpoint tu yang paling baik kaq farra la . Nak tau sebab apa? Agguk kepala dulu! Hehehe. Sebab kaq Farra pernah ajak aku berbuke puasa kat umah dia. Dia siap masak lagi untuk aku. Terharu beb. Nangis sikit sampai kuar hingus. Tak senonoh haku nie!Hahaha.. Aku pun pernah tito umah dia. Aku anggap dia macam kakaq aku. Aku mana ada kakaq. Kesian kan.




Nie sume opismate dia. Masa nie dekat rumah yus. Lelaki yang pkai spek kat sebelah aku tu ha. Single lagi tu. Ada yang berkenan x?? Nanti aku rekemen kat dia. Hahaha.. Dorang ni banyak cakap ok!. Aku je yang terkelu bile dengar dorang cakap.Kadang2 tak paham apa yang dorang gelakkan. Tapi aku pun ketawa n senyum je. Dorang mmg happening la. Tapi aku still dengan malu kure2 aku. Maybe kalau dah kenal rapat boley masuk kepala kot. Sebab aku nie pun gile2 jugak. Sebab benda yang tak lawak pun aku akan ketawa.






Budak Tmpoint nie kebanyakkan bunga je. Daunnya 3 orang je. ( mean lelaki). Suke la tu orang baju turqoise tu di kelilingi oleh bunga yang mekar2. Sampai senyum nampk gigi cik abang mucuk kita tu ha. 



Lepas da abis makan sume kan terus buat marhaban. Aku dengan marhaban nie kekok sikit. Sebab di besarkan di KL kan. So aku rasa gembira la bile ada marhaban nie. 1st time tu. Rasa eksited gile. Lain kali ajak ler kita marhaban lagi ok! Kita suka sangat. 

Yang paling tak leh blah kunci tertinggal dalam bilik. Mean aku tak boleh masuk dalam rumah la. Masa tu da pukol 11 malam. Nak ke tak nak, aku kena call puan rumah la nak pinjam kunci spare. Ganggu dia lak tengah malam bute. Puan rumah macam bengang. Tak kisah la, asalkan boley tito atas tilam angry bird kita. Makcik tu siap pesan lagi, '' lain kali kalau tertinggal lagi kuncinya tito kat luar lah nampaknya''. Aku cume mampu ketawa. Maybe dia gurau je kot. Takkan la dia sanggup nak biarkan aku tito kat luar. Kalau titew kena culik cmne. Sape nak tanggunjwb? Aiyok.. Hahaha..

Next raya adalah pada hari sabtu n ahad. Pergi umah dorang semua. Tengok lah kalau rajin ok. Kalau tak pergi kang, merajok lah si dia tu ha. Nanti dia buat muka duckface, muncung tujuh inci. Mesti buruk kan?? Jangan mare my sayang. Thanks bab sudi baca entry Iqa.. Love u all...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Tuesday, August 20, 2013

RAMAI KAWAN KITA DA KAWEN

Views
                                                                            

Teringat kata2 seorang pakcikku semasa aku menghadiri majlis kawen makcikku tahun lepas, " Mokdik da kwen nie, ko bile lagi??''. Aku cakap relax la. Orang muda lagi baru 22 tahun. Rimas betul la bile di tanye macam tu. Seolah2 umur aku 32 tahun pulak kan. Kenapa la dorang risau sangat kan. Zaman sekrang bukan macam dulu. Dulu mak aku kawen masa umur18 tahun. Masa tu pompuan mana berkerja kan. Sebab tu kawen awal. Ada suami yang boleh tanggung makan minum. Sekrang nie pulak zaman moden. Pompuan pun berkerja kan. Kalau kita tengok dalam bidang perkerjaan, pompuan pun da sama taraf dengan lelaki okeyh! So sama2 bersaing la.

                           Aku pun nak jadi seorang wanita yang berkerjaya juga. Kalau boleh nak ada business sendiri. I like business!! Sebab aku dah biasa berdikari. Best wo dapat pegang duit hasil titik peluh kita sendri. Walaupun tak seberapa, tapi bak kata orang tua2, '' sikit2 lama2 jadi bukit''. Am i right?.
    
                                                                       


                         Kerja2 jugak. Masa depan pun penting juga. Bile tengok ramai kawan da bertunang, yang da kawen, paling best da ada anak pun. Tetibe naluri keperempuanan aku tersentuh jugak. ( ayat poyo. ha ha ha). Kita pun nak kawen jugak!! uwaaa!!  Macam best je tengok dorang kawen. Tangkap gambar pakai baju pengantin yang berwarna- warni sambil berposing. Indahnya perasaan itu. Lagi syiok bile kawen dengan lelaki yang kita cintai kan. Sama2 melayari bahtera alam rumah tangga. Ada anak2 yang comel2, sebagai pengikat kasih sayang suami isteri. Ish tetibe tak sabar nak kawen pulak. Anyone?? Hahaha..

                                                                               


                              Kawen2 jugak. Tapi tangungjawab semakin bertambah. Sape cakap kawen nie benda senang?? Sila la angkat kaki la oi!! Kalau sebelum kawen boleh la kau nak bangun lambat ke time cuti. Selagi tak pukul 12 selagi tu la mata kau tak celik. Tapi lepas kawen no way! Bangun pagi, solat subuh sama2. Lepas tu buat breakfast untuk suami. Hari2 kena buat benda yang sama. Takkan la kau nak suruh suami kau makan roti canai kat rosmerah hari2 kan. Kalau macam tu baik dia kawen dengan owner rosmerah tu kan?? Hahaha.. Kita sebagai wanita kalau nak di sayang suami kena la masak pakai tangan kita. Suami nak merasa air tangan kita. Bukan air tangan mamak yang banyak bulu kat rosmerah tu ha!

                                Tapi kalau kita buat sesuatu perkara itu dengan ikhlas, semuanya akan berjalan dengan lancar. Suami pun bertambah sayang. Tak gitu puan2 dan tuan2 sekalian? Rasa diri macam mak2 orang pulak bile berkata2 kan. Kalau sebelom kawen boleh la nak pergi mana2 kan. Nak keluar shopping sampai tengah malam buta. Pusing2 jalan TAR sampai 3 kali tawaf. Atau saje jenjalan kat Time Square semata2 nak tunjuk muka kat amoi cina tu ha. Apa aku dah melalut nie. Ehem. Tapi bile da kawen semua perkara buat berdua. Makan berdua, shopping barang2 dapur berdua, Sembahnyang berjemaah berdua, tido pun berdua, tak ke sweet semua tu?? Tetibe rasa tak sabar nak kawen pulak kan? Gatal ye ko Iqa! Hahaha..


                                Bagi aku setiap perkara tu ada kebaikan dan keburukan. Kawen ke tak kawen ke, depend kepada individu itu sendiri. Yang kawen lambat tu bukan semua yang memilih. Kdang2 terlalu workholic sangat! Tak pun sebab hantaran zaman sekarang yang terlalu mencekik batang tengkuk. Kalau ler tak da wang hantaran nie, aku rasa da ramai da orang kawen. Mesti tak da bujang terlajak kan. Tu contoh bajet kawen yang kita amik dari pakcik Google punye. Buatlah sebagai rujukan okeyh!! 
                                                                        



                             Yang tak kawen lagi tu jangan la sedih2 ya. Maybe bukan jodoh anda lagi. Kita sebagai manusia di muka bumi ini, perlulah kena percaya apa yang telah di tetapkan Qada n Qadar. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah s.w.t.. Kalau nak sangat cepat kawen baca la doa di bwah ok??

                           
                                                                               


                                       Akhir kata, hayatilah kata2 di bawah.. Ceewahhh.. Hahaha..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

CCRIS TERHADAP PEMINJAM PTPTN

Views

                                                                                    



                                                                                  

SATU LAGI PROJEK MENJERUT RAKYAT (20 Ogos 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai bulan ini. DPPM menganggap tindakan terbaharu kerajaan ini sebagai zalim kerana akan menggelapkan masa depan peminjam khususnya dari golongan generasi muda. Apakah ini hadiah paling berharga dan mahal bagi kerajaan terhadap rakyatnya khususnya golongan muda yang memberi undi kepada mereka dalam PRU ke 13 yang lalu?

Kerajaan bersikap tidak prihatin dan menunjukkan belas kasihan khususnya kepada golongan generasi muda. Kebanyakan anak muda pada hari ini terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan bukan semua yang bertuah mendapat kerja. Ada kalangan graduan yang tidak bekerja tetap selama bertahun-tahun lamanya atau bekerja dengan pendapatan yang rendah dan di bawah kelayakan akademik mereka. Dengan hutang PTPTN yang masih ditanggung, mereka juga mempunyai komitmen lain seperti mahu berkeluarga, rumah, kenderaan, ibu bapa dan lain-lain yang mesti diselesaikan.

Melaksanakan sistem ini bererti menyenaraikan golongan ini sebagai senarai hitam di Bank Negara dan secara automatik peminjam tidak layak membuat pinjaman dengan bank untuk apa juga urusan seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain lagi. Jika cadangan ini dilaksanakan, golongan muda akan lebih menderita untuk menampung kehidupan mereka yang baru bernafas di alam realiti setelah tamat pengajian.

Sepatutnya kerajaan menunjukkan jalan keluar dan bersimpati terhadap golongan muda yang sedang terkial-kial mencari kehidupan. Generasi muda perlu dipandu, dibimbing serta diberi peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dan kaedah terbaik membayar PTPTN secara ansuran dan mengikut kadar kemampuan mereka.

Tindakan kerajaan menggunakan CCRIS berkemungkinan melanggar akta PTPTN sendiri kerana senarai hitam (blacklist) tidak diperuntukkan di bawah Akta PTPTN. Ini berbeza dengan tindakan menyekat peminjam yang gagal melunasi PTPPTN ke luar negara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22A Akta PTPTN.

Dalam keadaan hutang syarikat gergasi yang dimiliki oleh kroni pemimpin tertentu seperti Eric Chia sebanyak RM 2 bilion, konglomerat Tajuddin Ramli sebanyak RM 580 juta, hutang Datuk Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM 250 dibayarkan atau ‘bail out’ oleh kerajaan, mengapa hutang peminjam PTPTN begitu diteliti sehingga sanggup memburu mereka dengan tindakan yang begitu agresif? Apakah kroni pemimpin negara yang jumlahnya beberapa kerat itu lebih bernilai dari jutaan rakyat yang hidup merempat di bumi mereka sendiri?

Jika beginilah dasar kerajaan, ia menunjukkan wajah sebenar pemimpin negara terhadap rakyat. Ketika rakyat dirayu, ditatang, dijulang dan di sogokkan dengan pelbagai hadiah menjelang PRU ke 13, rakyat itu pula diratah dan di dimamah sehingga menderita selepas mereka mendapat undi rakyat.

DR RAJA AHMAD AL HISS

p/s ; Iqa Harap-harap projek nie tak menjadi. Jom reramai kita doa dan jom ramai-ramai kita score supaya takyah bayar pinjaman nie. Muahahahahahaha  Melayu boleh! Semua boleh! Bye, Assalamualaikum


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Thursday, August 15, 2013

PUISI CINTA ZULAIKA

Views
ASSALAMUALAIKUM...



Di saat ku kecewa,
kau muncul dalam hidupku dan menyinari hari-hariku.
Di saat aku sendiri,
Kau menghiburkan hatiku yang berduka.
Di saat aku alpa dengan perintah Tuhan,
Kau selalu mengingatkanku.

Di saat aku merasa indahnya dunia,
Kau menyedarkan aku, kau katakan syurga itu lebih indah daripada dunia.
Tiada apa yang harus ku banggakan dengannya.

Di saat imanku rapuh, 
Kau sentiasa memberiku kata2 semangat agar
 tabah menempuhi ujian ini.
Kau katakan, Tuhan menyayangi orang yang bersabar.
Segala kata2 yang kau nyatakan padaku,
akan sentiasa tersemat kukuh di ingatnku.

Meskipun aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurga,
Tapi aku tidak mahu di campakkan kedalam neraka.

Meskipun aku tidak punya rupa dan harta,
tetapi aku masih punya maruah dan harga diri.

Meskipun aku tidak secantik isteri nabi yusof iaitu Zulaikha,
Tetapi aku adalah zulaika yang tabah mengharungi dugaan hidup.

Meskipun aku tidak punya keluarga yang bahagia,
tetapi aku akan cuba untuk membina sebuah keluarga yang bahagia denganmu.

Kerana,
Kaulah yang menyedarkan aku betapa pentingnya menjaga hubungan dengan Tuhan.
Jika kita sentiasa mengikut segala arahanya,
Nescaya Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.
Jika Allah mendatangkan kita musibah,
Ingatlah Allah hanya ingin menduga sejauh mana ketaatan kita kepadanya.

Semoga Allah sentiasa merahmatimu,
Semoga Allah memudahkan perjalanan hidupmu.
Semoga Allah membalas segala amal kebaikan mu.

Akhir kata dariku,
Aku ingin bertanyakan soalan  kepadamu,
'' Sudikah kau menjadi IMAM dalam SOLATku??''


WASSALAM..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Sunday, August 11, 2013

DRAMA KOREA SCHOOL 2013

Views


Sejak akhir2 nie kegilaan aku untuk menonton Drma Korea semakin menjadi2. Bayangkan dalam masa seminggu aku boleh habiskan 4 buah Drama Korea yang berlainan. Tolong lah percaya ok! Hahaha.. Aku akan tido tepat pukul 3.30 pagi. Sebab aku mengalami insomia yang teruk! Tak suke tau! 

Ok, hari nie aku nak cerita pasal Drama Korea yang terbaru aku tengok. Actually drama ni dah di terbitkan tahun 2012. Nama Drama ni adalah SCHOOL 2013. Drama ni mempunyai 16 episod. Ianya di bintangi oleh Jang Na Ra ( Jung In jae), Daniel choi ( kang se chan), Lee Jong Suk ( Ko Nam soon), Park Se Young (Song Hya Gyung), Kim won Bin ( Park Heun Soo), dan ramai lagi pelakon dia. Malas nak tulis sebab banyak sangat. Hehehe..



Jom Kita tengok senarai pelakon dia.

1. Jang Na Ra ( Jung In jae)



2. Lee Jong Suk ( Ko Nam soon)


3. Daniel choi ( kang se chan)


4. Park Se Young (Song Hya Gyung)






Sinopsis cerita dia?? Malas nak cerita. Korang kena lah tengok sendiri ceritanya. Best tau cerita dia. Tetibe teringat kengan masa belajar kat sekolah dulu. Apa pun korang kena lah  tengok cerita nie ok?? Drama korea tentulah tidak akan menghampakan korang. Pelakon2 dia tentulah ensem dak kacak2 ok. Buat pengetahuan korang semua, semua pelakon korea yang ensem adalah pakwe Iqa ok!! Da chop dulu da. Hahaha.. Sebelum korang sekeh kepala Iqa, Baik iqa chow dulu.

Bye uollzzzz...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika