Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Wednesday, October 31, 2012

Tahukah anda nombor telefon mengandungi ciri ciri bertuah?

Views
Telefon bimbit tidak lagi merupakan simbol orang kaya. Sesiapa pun boleh memilikinya. Akan tetapi, bukan semua orang faham nombor telefon mereka bertuah atau tidak. Dalam masyarakat Cina, kebanyakan orang suka nombor 8 yang bermakna tuah. Mereka percaya bahawa nombor ini akan membawa kekayaan kepada mereka.
Ingin tahu nombor telefon anda bertuah atau tidak, sila rujuk cara menguji di bawah.
Cara:
Dapatkan empat digit terakhir nombor telefon, bahagikan dengan 80, tolak integer (tinggalkan titik perpuluhan), darab dengan 80, inilah keputusannya.
Contoh: Nombor telefon 01X-7XX8888, 8888÷80=111.1, 111.1-111=0.1, lepas itu 0.1×80=8. Jadi nombor telefon anda adalah 8. Cubalah buat ujian ini.
Nombor Ketuahan
1    100% bertuah
2    100& tidak bertuah
3    100% bertuah
4    100% tidak bertuah
5    100% bertuah
6    100% bertuah
7    100% bertuah
8    100% bertuah
9    100% tidak bertuah
10    100% tidak bertuah
11    100% bertuah
12    100% tidak bertuah
13    100% bertuah
14    100% tidak bertuah
15    100% bertuah
16    100% bertuah
17    100% bertuah
18    100% bertuah
19    100% tidak bertuah
20    100% tidak bertuah
21    100% bertuah
22    100% tidak bertuah
23    100% bertuah
24    100% bertuah
25    100% bertuah
26    100% tidak bertuah
27   50% bertuah, 50% tidak bertuah
28 100% bertuah
29    100% bertuah
30    100% tidak bertuah
31    100% bertuah
32    100% bertuah
33   100% bertuah
34    100% tidak bertuah
35    100% bertuah
36    100% tidak bertuah
37    100% bertuah
38    60% bertuah, 40% tidak bertuah
39    100% bertuah
40    70% bertuah, 30% tidak bertuah
41    100% bertuah
42    90% tidak bertuah, 10% bertuah
43    50% bertuah, 50% tidak bertuah
44    100% tidak bertuah
45    100% bertuah
46    100% tidak bertuah
47    100% bertuah
48    100% bertuah
49    100% tidak bertuah
50    50% bertuah, 50% tidak bertuah
51    50% bertuah, 50% tidak bertuah
52    100% bertuah
53    60% bertuah, 40% tidak bertuah
54    100% tidak bertuah
55    70% bertuah, 30% tidak bertuah
56    100% tidak bertuah
57    100% bertuah
58    70% bertuah, 30% tidak bertuah
59    100% tidak bertuah
60    100% tidak bertuah
61    50% bertuah, 50% tidak bertuah
62    100% tidak bertuah
63    100% bertuah
64    100% tidak bertuah
65    100% bertuah
66    100% tidak bertuah
67    100% bertuah
68    100% bertuah
69    100% tidak bertuah
70    100% tidak bertuah
71    50% bertuah, 50% tidak bertuah
72    100% tidak bertuah
73    100% bertuah
74    100% tidak bertuah
75    80% bertuah, 20% tidak bertuah
76    100% tidak bertuah
77    70% bertuah, 30% tidak bertuah
78    60% bertuah, 40% tidak bertuah
79    100% tidak bertuah
80    60% bertuah, 40% tidak bertuah
81    100% bertuah



             Hehe.. Iqa punyer no 23, 100% bertuah.. Suka sangat.. Korang pun cubalah k. 

                                            Copy n paste dari TRESIXTEE

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Tuesday, October 30, 2012

DEAR DIARY.. PART 2

Views
Hai kwn2 semua.. Apa khabar. Iqa harap korang semua sihat dan Di berkati Allah S.W.T ya.. Hari  ni Iqa cuti. So Iqa duduk kat rumah je. Kemas rumah, kemas almari. Iqa tengok banyak sangat baju dalam almari tu. Iqa kemas n banyak pakaian yang lame tak pakai. Iqa terus buang je. Penuh satu plastik hitam. Dari tak pakai dan menyemakkan almari, baik buang je kan. Nak buat apa simpan. Tapi sedih jugak buang pakaian  tu semua. Bukan apa. semua da ketat, tak boley nak pakai lagi. ( saya sedar saya semakin gemuk.. huk2.. menangis kiut).. Better buang je kan. 

Ok, iqa nak cerita pasal tempat kerja iqa nie. Semalam manager Iqa bagi ampow tau. Sempena hari raya haji.. Hehe. Sukanya diri ini. Terasa macam kanak2 ribena pulak yew. Nak tahu tak berapa jumlah yg Iqa dapat??? Teka cepat. Sape jawab dengan betul Iqa bagi aiskim Cornetto.. Hik2.. Berapa agak2??? Ok iqa akan cakap yew. Iqa dapat RM100 je.. RM 100 je?? hehe..  Baik betul manager Iqa tu. Iqa keje tak sampai sebulan pun. Dia cakap Iqa rajin buat kerja. Apa yg dia suruh semua Iqa buat tanpa membantah sikit pun. Happy je rasanya bila di puji sebegitu rupa.

Rasa macam hidung kembang semamngkuk je. Hehe.. Walaupn Iqa sorang je melayu n beragama islam. tapi mereka langsung tidak bersikap pilih kasih. Yang penting kita kena rajin dan buat je apa yang mereka suruh. Kalau mereka marah kita senyum je. Jangan melawan k. Iqa harap sangat dapat BEST PERFORMANCE bulan depan. Walaupun saya je baru berkerja di situ, itu tidak mematahkan semangat saya untuk mendpt best performance... Saya akan buat yang terbaik dan ingin menjadi perkerja yang berdedikasi.. Hehe..

Akaq accountant tu pulak  bagi Iqa wallet yang sangat cantik. Dia cakap dia baru beli Tapi tak pakai pun. Nak tolak apa pulak dia cakap kan. Iqa amik je. Bak kata pepatah. "rezeki jangan di tolak, musuh jangan d cari". Betul x kwn2 semua?? Kalau betul, angkat kening macam the rock sekarang!. hehe..

Iqa rasa sampai di sini sahaj celoteh Iqa pada hari ni. Thanks kepada korang semua bab sudi baca blog iqa ni k... WASSALAM....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Friday, October 26, 2012

DEAR DIARY IQA ZULAIKA- PART 1

Views
 
DEAR DIARY...
 
Setelah 3 minggu aku kerja di Body Perfect..
Walaupun aku sorang je melayu, itu tidak mematahkan semangat ku untuk berkerja dengan orang yang bukan muslim. Tapi agak susah sikit lah nak menyesuaikan dir masa mula2 tu.
 
Makanan yang kita makan dan dia makan tak same. Dorang makan makanan yang tak halal. Kdg2 aku ada terasa sedikit jijik dan nak muntah. Tapi aku tahan je. Mereka pun ada suruh aku makan. Tapi aku tolak denga cara yang baik. Aku ckp aku orang islam. Makanan dorang aku tak ley makan. N aku tak ley campur pinggan dan gelas dengan dorang. Aku tahu batas antara orang Islam dengan bukan muslim.
 
Selamat masa interview tu dorang bagi pakai tudung n inner lengan panjng. Alhamdulliah, walaupun aku bukan baik sangat pun. Tapi selagi aku berpijak di muka bumi Allah nie, aku akan cuba menjaga aurat dan batas pergaulan aku.
 
Mereka semua sangat cntik tau. Putih dan tinggi persis model. Yelah, nk kerja macam tu mestila kena sentiasa kelihatan cantik. Lebih2 lagi aku yang berjawatan customer service executive nie. Dduk kat dpan front desk. Lagi lah kena kelihatan cantik. Walaupn aku tak da lah secantik dorang kan. Kulit pun orang Melayu, sawo matang...
 
Kadang2 aku terpikir, kenapa aku dapat krja camtu.. Bukan dorang nak yang cntik, putih dan seksi ke.. Aku ni da la gemuk. Kalau lawa xpe.. Tapi manager aku panggil aku si cantik. Aku pun tak tahu, dia puji aku ke perli. Aku ni jenis mulut manis, n pandai amik hati dorang. Dorang pun boleh terima aku kat situ..
 
So aku tak da lah rasa diriku terasing sangat. Cuma dorang semua tu panas baran dan kelam kabut. Kenapa lah aku di kelillingi dngan orang yang yang panas baran. hhmmm.. Sedih pun ada. Aku ni pulak yang tak suka nak marah. Yew, memang aku ni selalu di buli n senang ikot arahan kan. Aku bukan cepat melatah. Tapi aku pun ada hati, jantung, limpa, buah pinggang dan perasaan. Cakap lah elok2 dengan aku...
 
Kalau orang baik dengan kita. Tentu kita akan baik dengan orang tu jugak.. Betul x??? Aku kesian dengan kwn aku yg filipine nie. Dia selalu kena marah dengan manager aku. Smalam dia tak ley tahan. Dia nangis. Tapi dia cakap dia nagis sebab dia rindu kat anak dia yg kat filipine tu. Aku tahu dia tipu. Bukan dia nangis sebab dia ingat kat anak dia. Tapi dia nangis sebab selalu kena marah dengan Manager. Kau jgn tipu Aku JEVINA...
 
Aku pun kesian kat assistant branch manager aku. Sasha bukan nama sebenar dia. Dia ni seorang yang tak berapa nak amik kisah sangat tentang kerja nie. Dia jenis yang cuai. Bulan ni da berapa banyak dia kena denda. Bukan sikit wooo dia kena bayar.. Cuba bayangkan client lupa nak tandatangan TREATMENT DONE SLIP nama kertas yang tak berapa pandai tu,. Harga sehelai tu da 300 tau.. SEHELAI je. N then salah letak barang.. Di charge tau. Kau letak lah sebatang pen kau kat atas meja. Singgit tau di denda.. Hmmm.. So complicated right??
 
Itu boleh tahan lagi tau. Yang tak ley tahan, waktu rehat tak sampai sejam. Biasaya aku rehat tak smpai 20 min pun. N then time MAKAN, tak boleh pegang PHONE lame2. Alamak, undang2 apa nie. Teruknya... Gaji memang masyuk beb.. Tapi undang2 dia tu, kdang2 aku rasa tak masuk akal la.. Lagi pun aku kontrak setahun.. Dalam masa setahun aku tak boleh nak berhenti. Kalau tak, aku kena bayar denda rm2k kat company. N then kalau aku menghilangkan diri tanpa khabar berita selama dua hari, dia akan terus report kat polis... Sebab takot apa2 jadi kat aku kan...
 
Pernah tau sebelom nie aku lambat 5 MIN. siap cal abah aku n pakcik aku. Cal abah aku yang kat johor tu. Mana aku pegi. Mana lah abah aku yg kat johor tu tahu kan. Aku cuma lambat 5 minit je kot. Bukan aku tak datang terus. Haha.. Kelakar lag dorang nie.
 
Panat dah nak menaip nie.. Konsentrasi aku menaip ni terhenti sekejap tadi mama aku panggil. Dia ajak masuk bilik dia. Agak2 korang yang cerdik PaNdai ni kan.. Apa yang mak aku nak buat kat Aku?? Tetibe ajak aku masuk bilik dia. Saspen gak.
 
Rupa2 ya, dia nak bagi aku baju yang dia tak pernah pakai. Semua cantik2 beb. Baju2 dia kan mengalahkan baju2 aku tau. Baju aku takda lah sebanyak dia. Baju kurung, t shirt, kemeja, seluar, tudung semua dia bagi aku tau.. Seronok tak terkata. Sambil tu aku membebel kat dia, Kenapa lah beli baju banyak2 tpi tak pakai.. Membazir je. Mama aku ckap, Baju u semua orang bagi hadiah hari jadi kat dia. Beruntung mama aku tau. Tak macam aku nie, hari jadi tak da pun orang nak bagi hadiah. Aku ni tak pemes ke?? sob2... ( menangis kiut lagi}..
 
Rasanya sampai di sini dulu lah celoteh aku DI Part PERTAMA NIE.Klau korang sudi, tunggulah kisah ku di PART yang seterusnya k.. da...
 
 SAYANG KORANG SEMUA!!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA. PEDOMAN UNTUK ANDA SEMUA..

Views
 
 
 
 
Terlebih dahulu iqa ingin mengucapkan selamat hari raya Eidulfitri kepada anda semua..
Keapada yang pulang ke kampun tu, iqa nak bg tahu korang yang iqa jelez sangat sebab iqa tak dapat balik kampung untuk raya nie. Hari raya hari raya Aidilfitri hari tu pun Iqa tak balik tau... Sedihnya.. sob2.. ( menangis dengan muka yang kiut..)...
 
Windu tau kat abah, mama, adik2, sedara- mara, nenek, tok ki.. Rindu sangat kat kucing, itik kambing n ayam2 tok ki tu.. Haha.. apa yang haku da mengarut nie... hik hik...
 
Actually raya haji ni lah yang paling bermakna sekali bagi iqa sebab kali ni iqa raya dengan mama iqa kat kl. Walaupn mama n abah da berpisah, tapi hubungan mereka masih baik.. rasanya lah.. Hari ni mama Iqa masak ketam masak lemak n udang masak sambal... Sedap tau.. Da lama tak makan masakkan mama.
 
Kata orang kan, walaupun sesedap mana pun masakkan yang kita pernah makan, tapi tak boleh nak lawan masakkan ibu kita. Betul tak kwn2 sume???? Kalau betul, korang angkat kening macam the rock Sekarang!.. hehe...
 
Ni Iqa nak pesan nie, time raya jangan lah makan banyak2 tau.. Ingat sikit kat orang afrika yang tak makan tu. Dorang nak makan pun kdg2 sampai seminggu sekali tau. Betapa susahnya hidup mereka tau. Nak dapat bekalan air besih pun susah tau. Kdg2 tu kan, sampai dorang minom pun amik air kat longkang. sedih betul macam tu kan. Nak buat macam mana hidup mereka kat san sangt susah.
 
Bila Kita rasa diri kita susah kan, Kita perlu ingat. Ada orang yang mengalalmi kesusahan yang lebih teruk lagi daripada kita. Ingat yew kawan2 semua.. Ada  ketika kita senang.. Dan akan sampai satu tahap kita akan berada dalam kesusahan.. hidup kita ni pulak macam roda. Hidup kita akan berputar. Sekejap kita berada di atas, dan mengecapi kebahagian dan kenikmatan. Dalam masa yang sama kita akan berada di dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan.
 
Pada siapa lagi kita harus meminta kalau bukan kepada orang yang menciptakan kita iaitu Allah S.W.T. DIA akan berada dengan kita di kala kita berada dalam kesusahan walaupun senang.. Jadi, walaupun kita senang, kita perlu bersyukur kehadrat ilahi. Kalau kita susah pun kita perlu bersyukur juga. Sebab Allah maha adil. DIA lah yang maha mengetahui tentang segalanya. Amin...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Monday, October 8, 2012

TIPS UNTUK MENYELAMI HATI LELAKI

Views
                                                               ASSALAMUALAIKUM...

                                                                         
                                                     

Hai all... Amboi2, bukan main ko iqa taip entry... Cara macam doktor cinta lak an. Hehe.. Kadang2, kita sebgai perempuan ni sukar untuk menyelami hati lelaki. Kita tak tahu apa isi hati lelaki n apa yang dorang mahukan. 

Kadang2 kalau dorang ada masalah, tak pernah citer dengan kita. Dorang ni sukar untuk di fahami dan di mengerti perasaannya... Dorang sangat sukar untuk meluahklan perasaan atau mengalirkan air mata. Adakah mereka ni jenis ego?? Kepada kaum lelaki, jwb lah soalan nie yew...

Ok, sekarang iqa akan bagi tips untuk menyelami hati lelaki. Semoga ianya berguna untuk korang yew...

                                                  Sometime, man is very complicated..

                                                                

True enough many man, makes women became 3 things… confused, confused and yes confused!


The truth...LELAKI IS VERY SIMPLE! ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!

Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…

* Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.

Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.

* Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”

Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.

* Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.

Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”

* Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!

Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”

* Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!

Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!

* Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! 

Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?

* Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 

Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.

* Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…

Basically…“It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

* Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.

* IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

HANTU KAPCAI...

Views
                                                    ASSALAMUALAIKUM....


Hari ni iqa offday tau. Mule2 ingat nak tido sampai puas. Almaklumla cuti kan. Selepas penat selama minggu berkerja da pulang kerumah pada pukol 11 malam setiap hari. Penat woooo.... N then pagi bangun awal. X ley lewat tau. Pernah sekali iqa lambat 5 minit, dorang siap call ayah iqa kat johor. Tak dapat ayah dia call pakcik. Mmang tak ley blah kan.. Nak buat macam mana, kerja dengan cina, so paham2 jela...


                             Oleh kerana hari ni cuti, so iqa pun buat keputusan n ke Time square. Ini lah tempat yang paling saya suka jalan, tengok wayang n shopping.. Hehehe.. Tapi hari ni saya tidak bersendirian.. Saya d temani oleh... cube korang teka sape??? Jeng2.. Rahsia.. hehe...Mule iqa pun pening nak tengok citer apa. Sebab banyak sangat citer yang keluar sekarang.. Buat pengetahuan kwn2 semua, iqa ni peminat cerita melayu tau.. Sape yang mempunyai minat yang same??? seppp cepat.. hehe... So saya decide nak tengok cerita...... HANTU KAPCAI... sebab saya memang minat sangat dengan ZIZAN.. dia kan best n kelakar...   


                                 Jom iqa ceritakan sinopsis cerita hantu kapcai.. Check it out....


                                                                 

                                                                        

Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.

Pengarah
Ghaz Abu Bakar
Lakonan
Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen, Dian P.Ramlee, Riz Amin
Tarikh Tayangan – 27 September 2012

Cerita dia best giler tau. Yang paling menyerlah dalam tu tentulah fizz fairuz. Sakit pewot ketawa kan dia. Lakonan dia pun menjadi... 
so, iqa syorkan agar korang tengok lah citer tu ka. Citer  ni tak sama tau dengan filem melayu yang banyak mengarut tu. Citer ni sangat best. Rugi kalau korang tak. tengok..
Kepada korang yang da tengok tu, sila lah like n komen k.. Bagi pendapat korang tentang cerita tu. Sharing is caring...
Wassalam...



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Sunday, October 7, 2012

CARA UNTUK MENGETAHUI GAMBAR KITA TELAH DI CURI .

Views
                                                           Assalamualaikum.....

Pernah tak korang hadapi situasi di mana ada orang guna gambar korang kat facebook dia?? Ataupun gambar tersebut telah  di edit oleh korang, tapi bila ckp dgn orang tu, dia ckp tu gmbr yang dia edit?? Pernah x?? Almaklumla, korang kan cantik n ensem semuanya. So dia curi lag gambar korang letak kat facebook dia. Mungkin orang tersebut secret admirer korang ke....

                              Tapi berhati2 lah yew. Sebab kita pun tak tahu hati manusia ni. Macam2 boley jadi sekarang. Mne kita tahu kan. Contohnya orang tu da lame syok kat kita. Bila kita tolak cinta dia, kalau orang tu jahat, guna gambar kita dia boley bomohkan.. 

Takotnya kalau perkara macam tu berlaku kan... Iqa cuma boleh ckp supaya hati3 je. Kalau gambar yang seksi or tak pakai tudung tu, tologlah jgn upload yew. Kalau kena hack, dorang boley curi n sebarkan.. Spe yang malu???  

Ok lah, iqa pun x mau membebel panjg. Meh iqa tunjukkan cara macam mana kita nak tahu orang curi gambar kita..
   

                     Sebelum tu, korang kena pergi dulu ke website ini.INI
..



Ok sekarang korang nampak tak 'Upload your image' dengan 'Enter image address' ..Korang kena pilih  salah satu daripada dua tu . Sama ada nak upload ke , atau nak masukkan url image url korang.. Then korang tekan laa search .. Tunggu sampai dia abis loading..

Ada tak keluar gambar orang yang curi gambar korang tu?? Pergi sound sikit. X malu ke curi gambar orang.. Hik2, jadi batu api lak..

Sampai di di sini sahaja tutorial iqa pada hari ini.. Kalau dapat orang yang curi gambar korang tu, komen kat bawah yew.. x jumpe pun kena komen gak.. hehe..... 

Wassalam...





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika