Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Wednesday, April 25, 2012

Nak Voucher Percuma dari Hello Kitty tak??

Views

Assalamulaikum..

Korang tahu tak, Hello Kitty Malaysia telah melancarkan Hello Kitty Gila sales!!!

Pelbagai jenis barangan yang berasaskan watak karakter kartun Hello Kitty di jual.

Maklumat adalah seperti berikut: 

 

Date: 31st May 2012
Venue: Our Website
Time: 9.00pm ( Malaysia Time Zone )

 

Walaupun ianya belum di lancarkan lagi, tapi Hello Kitty Malaysia telah berbesar hati untuk memberikan Voucher percuma kepada para peminat Hello Kitty Malaysia.

Iqa minat sangat dengan karakter hello kita sebab ianya sangat comel.

Iqa telah mendapat vouher Hello Kitty yang berharga RM5.

 Terms and Conditions:
* Voucher is not exchangeable for cash.
* Each voucher can be used for one (1) time only.
* Only applicable for single order of RM50 and above.
* Not valid with any other coupon or card discount.
* Discount code is required upon redemption.
* This voucher have to redeem through www.hellokittymalaysia.com.
* Valid until 30 June 2012. 
 

So, apa tunggu lagi. Mesti korang semua nak free voucher tu kan?? Caranya mudah sahaja.

Terima Kasih di ucapkan kepada Hello Kitty Malaysia..

KLIK DISNI  untuk mendapatkan voucher Hello Kitty Malaysia secara percuma.

 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Monday, April 16, 2012

RAHSIA YANG MUNGKIN ANDA TIDAK KETAHUI

Views

                             ASSALAMUALAIKUM...


Kali ini Iqa ingin berkongsi tentang rahsia yang mungkin anda tidak ketahui tentang telefon bimbit anda.

 

Sebelum membeli telefon bimbit, adakah anda telah mengetahui status KEASLIAN telefon bimbit anda?..


Adakah telefon bimbit yang anda beli ASLI atau TIDAK?
 

Jika anda menyatakan YA, tahniah di ucapkan kepada anda kerana menjadi pembeli yang BIJAK!!!


 

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

"LIKE" jika anda berjaya lakukannya!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Saturday, April 7, 2012

Makan tengah hari di Restoran Saisaki bersama staff Id Rich Agency

Views
                                                       ASSALAMAULAIKUM..


Korang nak tahu x, pada hari khamis yang lepas, semua staff ofis saya telah di belanja makan tengah hari di restoran makanan sushi yang terkenal iaitu SAISAKI RESTAURANT . Ribuan terima kasih di ucapkan kepada En Al Suhaimi kerana telah belanja kami semua makan. Semoga Allah memanjangkan umur dan memurahkan rezeki En, Al Suhaimi k..


Iklan di bawah telah di tulis Oleh Haza Izrinda. Beliau merupakan staff idrich yang paling bising di sini. Dalam banyak2 orang, dia yang ketawa paling kuat .. haha. tetibe lak lari tajuk.. seramai 16 orang yang yang telah menyertai makan2 ni iaitu, aq, yana, kaq ayu( a.k.a cik ta), zaza, kaq aiai, sad, sya, aina, syifaa, farah, kaq akma, en hisyam, wak jono, cik mat, cik suhaimi dan yang telah membelanja kami iaitu En Al Suhaimi.



  On the way nak ke saisaki. sambil2 tu bergambar lah dulu. Dorang suka sangat bergambar. cantik2 je semua kan..

                                                

             

 

 

                                                                  Kat dalam lift





Selamat datang ke Restoran Saisaki.. hehe.. Restoran Saisaki ni adalah restoran yang meyediakan japanese buffet. Terdapat 200 jenis  makanan di sini.. Bagi penggemar sushi, terdapat aneka pilihan sushi yang anda boleh pilih. Makanan laut, desert, nasi, dan mee juga di sediakan di sini. Walaupun Iqa bukan penggemar sushi, tapi sekurangnya ada makanan lain yang boley iqa makan.. hehe


 

 

 

 

 

Wah3.. Pilih lah sushi yang korang nak k.. Tentu ada di antara korang yang memilh Sushi sebagai makanan kegemaran kan?? Kat ofis Iqa, terdapat dua orang penggemar sushi yang tegar iaitu aina n syifaa. Dorang suke sangat makan sushi. Macam seronok je tgk diaorang makan..


Makanan laut. Yang segar2 tau. Bagi korang yang boleh makan makanan yang mentah la. 


Terdapat pelbagai pilihan buffet yang korang boleh pilih. Korang boleh makan apa sahaja yang korang mahu. Yang paling penting, walaupun makanan tersebut tidak habis, tak perlu bayar k.. On weekday, korang dapat makan kat restoran tersebut dengan harga 50%. Satu kepala hanya di charge RM 32. 95 sahaja. Harga sebenar adalah RM 65.90. Memang amat berpatutan. Korang patut cuba k. ( Promote kejap..hehe)..


Suasana dan ruang makan dia pun boley tahan gak. Sangat bersih dan selesa. Kita orang makan kat tempat yang di tempah khas k..



Makanan yang telah kami ambil. Semua sikit je. Tak nak amik banyak2. Nanti tak habis x elok. Membazir kan amalan Syaitan. hehe..


Ini adalah zaza n cikta.. 2 Orang kawan yang sangat rapat. Dorang adalah manusia paling bising kat IDRICH AGENCY ni. tanpa dorang, sunyi sepi lah ofis Iqa ni. Best tau kawan dengan dorang. Zaza yang pakai tudung tu. Dia adalah penjual Higoat yang sangat berjaya. So, kalau korang nak beli susu Higoat, boley order kat dia. Dapat harga Ahli tau. Kaq Ayu a.k.a cik ta lak cantik orgnya kan. Iqa panggil dia cikta bab dia ada gaya cam ROZITA CHE WAN. Tapi dia marah tau kita owg panggil doa cikta.. Iqa xkisah pun.. hehe..



Syifaa n Kaq Akma.. Syifaa  yang berselendang biru adalah pengurus kita org.. umur baru mencecah 21 tahun. Tapi sudah menyandang jawatan pengurus. Beruntung dia kan. Kaq akma lak 26 tahun. x macam 26 kan?? nampak muda dari usia sebenar.. 


Farah n sad.. Manis je kan dorang senyum. Sad yang bertudung biru baru berusia 19 tahun. Dalam kalangan kita orang, dia dan sya adalah yang paling muda. Kira2 cam adik2 la.. 


 Aina, juga menyandang jawatan pengurus. Dia pun macam iqa tau. suka menulis kat blog. Kalau korang nak kawan dengan dia, ley follow blog dia. X salah kan nak menambahkan follower.. AINA 


                                                 Jom kita tengok dorang sume makan..











               Makan ketam.. nak ke?? sya mmg tak suka amik gambar sebenarnya.



Selepas habis makan, kami semua mengabdikan kenangan lunch di Saisaki Restaurant dengan mengambil gambar dengan semua Staff IDRICH AGENCY.. Yang duduk di tengah2 tu adalah En Al suhaimi. Ribuan terima kasih kepada beliau kerana belanja kami semua makan okey.. Lain kali belanja lah lagi k..


Iqa rasa sampai di sini sahaja Cerita iqa pada hari ini.. Walaupun kita orang pergi pada hari khamis yang lepas, baru hari ni Iqa ada masa nak update entry Iqa. Korang pun tentu ada entry yang menarik bukan?? so same2 lah kita share k.. Akhir kata dari Iqa, thanks bab korang sudi baca entry Iqa...
                                                     

                                                                     WASSALAM....


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Monday, April 2, 2012

TANDA-TANDA DIA SI DIA ADALAH JODOH KITA

Views


                                                            Assalamualaikum

              Kali ni Iqa nak share kepada anda semua tanda2 si dia adalah jodoh kita..                    

                     Tentu ada di antara kita tertanya2 siapakah jodoh kita kan???                               

                                  Iqa pun kadang2 terfikir, sape lah jodoh iqa an..                                         

                                              xsabar nak bertemu dengannya..                                  

                                        Almaklumlah, umur semakin meningkat...                    

                           pape pun, jodoh, pertemuan, semuanya di tangan tuhan.                          

                                 Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.                          

                               Yang selebihnya, hanya Allah s.w.t yang tetapkan.                 

                     Semoga Allah memberikan jodoh yang terbaik untuk kita semua k.                                

                                Ada 10 tanda2 bahawa si dia adalah jodoh kita,                                              

                                             Betul atau tak, Allahualam...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Saturday, March 24, 2012

RAHSIA BULAN KELAHIRAN- KAJIAN DARI DATO' DR FADZILAH KAMSAH

Views
                                                                                    Assalamulaikum..
Apa khabar anda semua?? Iqa harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera k..
Iqa ada terbaca artikel yang sangat menarik dari  Dato' Dr Fadzilah kamsah ni.. Motivator yang sangat Iqa kagumi.
Cara penyampaiannya yang bersahaja dan sangat menarik perhatian dalam memberi motivasi kepda kita. 
Kat sini Iqa nak kongsi dengan anda semua. Iqa lahir pada tanggal 18 june. Anda lak bile??? kalau anda semua nak tahu apa rahsia di sebalik tarikh lahir anda... Teruskan menbaca k..
JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan   
 APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika