Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Wednesday, January 19, 2011

ceita lucu si budak bandar

Views
Seorang budak bandar mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak bandar pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak bandar itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak bandar itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak bandar itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika