Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Saturday, April 7, 2012

Makan tengah hari di Restoran Saisaki bersama staff Id Rich Agency

Views
                                                       ASSALAMAULAIKUM..


Korang nak tahu x, pada hari khamis yang lepas, semua staff ofis saya telah di belanja makan tengah hari di restoran makanan sushi yang terkenal iaitu SAISAKI RESTAURANT . Ribuan terima kasih di ucapkan kepada En Al Suhaimi kerana telah belanja kami semua makan. Semoga Allah memanjangkan umur dan memurahkan rezeki En, Al Suhaimi k..


Iklan di bawah telah di tulis Oleh Haza Izrinda. Beliau merupakan staff idrich yang paling bising di sini. Dalam banyak2 orang, dia yang ketawa paling kuat .. haha. tetibe lak lari tajuk.. seramai 16 orang yang yang telah menyertai makan2 ni iaitu, aq, yana, kaq ayu( a.k.a cik ta), zaza, kaq aiai, sad, sya, aina, syifaa, farah, kaq akma, en hisyam, wak jono, cik mat, cik suhaimi dan yang telah membelanja kami iaitu En Al Suhaimi.



  On the way nak ke saisaki. sambil2 tu bergambar lah dulu. Dorang suka sangat bergambar. cantik2 je semua kan..

                                                

             

 

 

                                                                  Kat dalam lift





Selamat datang ke Restoran Saisaki.. hehe.. Restoran Saisaki ni adalah restoran yang meyediakan japanese buffet. Terdapat 200 jenis  makanan di sini.. Bagi penggemar sushi, terdapat aneka pilihan sushi yang anda boleh pilih. Makanan laut, desert, nasi, dan mee juga di sediakan di sini. Walaupun Iqa bukan penggemar sushi, tapi sekurangnya ada makanan lain yang boley iqa makan.. hehe


 

 

 

 

 

Wah3.. Pilih lah sushi yang korang nak k.. Tentu ada di antara korang yang memilh Sushi sebagai makanan kegemaran kan?? Kat ofis Iqa, terdapat dua orang penggemar sushi yang tegar iaitu aina n syifaa. Dorang suke sangat makan sushi. Macam seronok je tgk diaorang makan..


Makanan laut. Yang segar2 tau. Bagi korang yang boleh makan makanan yang mentah la. 


Terdapat pelbagai pilihan buffet yang korang boleh pilih. Korang boleh makan apa sahaja yang korang mahu. Yang paling penting, walaupun makanan tersebut tidak habis, tak perlu bayar k.. On weekday, korang dapat makan kat restoran tersebut dengan harga 50%. Satu kepala hanya di charge RM 32. 95 sahaja. Harga sebenar adalah RM 65.90. Memang amat berpatutan. Korang patut cuba k. ( Promote kejap..hehe)..


Suasana dan ruang makan dia pun boley tahan gak. Sangat bersih dan selesa. Kita orang makan kat tempat yang di tempah khas k..



Makanan yang telah kami ambil. Semua sikit je. Tak nak amik banyak2. Nanti tak habis x elok. Membazir kan amalan Syaitan. hehe..


Ini adalah zaza n cikta.. 2 Orang kawan yang sangat rapat. Dorang adalah manusia paling bising kat IDRICH AGENCY ni. tanpa dorang, sunyi sepi lah ofis Iqa ni. Best tau kawan dengan dorang. Zaza yang pakai tudung tu. Dia adalah penjual Higoat yang sangat berjaya. So, kalau korang nak beli susu Higoat, boley order kat dia. Dapat harga Ahli tau. Kaq Ayu a.k.a cik ta lak cantik orgnya kan. Iqa panggil dia cikta bab dia ada gaya cam ROZITA CHE WAN. Tapi dia marah tau kita owg panggil doa cikta.. Iqa xkisah pun.. hehe..



Syifaa n Kaq Akma.. Syifaa  yang berselendang biru adalah pengurus kita org.. umur baru mencecah 21 tahun. Tapi sudah menyandang jawatan pengurus. Beruntung dia kan. Kaq akma lak 26 tahun. x macam 26 kan?? nampak muda dari usia sebenar.. 


Farah n sad.. Manis je kan dorang senyum. Sad yang bertudung biru baru berusia 19 tahun. Dalam kalangan kita orang, dia dan sya adalah yang paling muda. Kira2 cam adik2 la.. 


 Aina, juga menyandang jawatan pengurus. Dia pun macam iqa tau. suka menulis kat blog. Kalau korang nak kawan dengan dia, ley follow blog dia. X salah kan nak menambahkan follower.. AINA 


                                                 Jom kita tengok dorang sume makan..











               Makan ketam.. nak ke?? sya mmg tak suka amik gambar sebenarnya.



Selepas habis makan, kami semua mengabdikan kenangan lunch di Saisaki Restaurant dengan mengambil gambar dengan semua Staff IDRICH AGENCY.. Yang duduk di tengah2 tu adalah En Al suhaimi. Ribuan terima kasih kepada beliau kerana belanja kami semua makan okey.. Lain kali belanja lah lagi k..


Iqa rasa sampai di sini sahaja Cerita iqa pada hari ini.. Walaupun kita orang pergi pada hari khamis yang lepas, baru hari ni Iqa ada masa nak update entry Iqa. Korang pun tentu ada entry yang menarik bukan?? so same2 lah kita share k.. Akhir kata dari Iqa, thanks bab korang sudi baca entry Iqa...
                                                     

                                                                     WASSALAM....


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

9 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

ZHAFWAN ™ said...

salam..
anda di tag di sini
http://jejak-sinis.blogspot.com/2012/04/domain-percuma-dari-encik-kai.html
tq

Iqa Zulaika said...

thanks bab tag iqa k

cik ENA said...

Tq ika link kn blog aina!hehe..
Neway ena x bape tegar mkn sushi.paling hebat k.ai den syifa n akma.dorg giler sket.mkn salmon mentah sekor!haha..
P/s:mati la kalo dorg tau ni.so..larikkk.!! ^^

Iqa Zulaika said...

same2.. Iqa ingt aina suka sgt mam sushi bab sushi yg iqa amik sume bg aina. haha

run aziluz said...

bestnya makan huhu

Iqa Zulaika said...

mestila best.. ada orang yang baik hati belanja.. hehe

sHiMi sHinHae~ said...

bez nye makan :)

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

wahhh seronok dyew mkn kn..

Iqa Zulaika said...

best sgt bab dpt mam free

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika