Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Thursday, January 17, 2013

CARA MENGATASI PASANGAN YANG SEDANG MARAH

Views
                                                        ASSALAMUALAIKUM....


Dalam membina sesuatu Relationship tu, bukan senang tau u all.. Ada turun naik juga tau. Kadang2 kita dengan pasangan kita ni ta sependapat. Kiranya berbeza pendapat lah. Kadang2, pasangan kita tu bagi nasihat yang betul kat kita. Tapi, bila kita berada dalam keadaan yang sangat marah n stress, walau sebaik mana pun nasihat yang pasangan kita berikan, tentu kita akan rasa marah jugak kan?? Iqa pun pernah mengalami juga tau. Biasala, kita sebagai manusia yang ta perfect, kdg2 tak boleh nak berpikir secara betul apabila marah menguasai diri.. So  sebagai pasangn, kita haruslah banyakkn bersabar. Kalau pasangan kita tu sedang marah, better kita mendiamkn diri ok. Sebab tak nak mengeruhkan keadaan. Dari Iqa membebel terlebih jauh, meh Iqa kongsikan kat u all Cara untuk mengatasi pasangan yang sedang marah. Hope tips ini sangat berguna untk korang okeyh??

                              

                                  
                                                                            
                                                                    


                                                         
1. Beri ruang
Pabila pasanganmu sedang marah atau berdiam diri tanpa memberi sebab , perkara yang terbaik adalah dengan memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri . Jangan bertanyakan soalan bertubi-tubi ! Kerana ia akan menimbulkan lagi kemarahannya. Faham tu ??


2. Bertanyakan apa yang menganggu fikiran
Setelah segalanya reda , ambillah masa untuk bertanya kepada pasanganmu mengenai punca kemarahan . Komunikasi adalah penting ! Dengarlah segala luahannya tanpa membantah. Mendengar adalah kunci utama dalam berkomunikasi . Jadilah pendengar yang baik. Pasti si dia akan berasa lega setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati.


3. Api amarah jangan dibalas dengan api
Api dibalas dengan api sudah pasti membara jadinya ! Walau bagaimana marah sekali pun si dia , janganlah dibalas dengan perasaan marah . Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah sabar, sabar dan sabar !! Itulah perkara penting dalam membina perhubungan yang abadi. Percayalah, jika si dia melihat kamu bersabar dengan kerenahnya , pasti hatinya akan jadi lembut walaupun sedikit.


4. Layan dengan baik
Perasaan sejuk akan timbul sekiranya melayan pasanganmu dengan baik. Tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang terhadapnya. Pelbagai perkara 'non-verbal' boleh dilakukan untuk memujuk hati si dia . Antaranya, hiburkan hatinya dengan lawak jenaka atau sesuatu perkara romantis yang boleh mengembalikan senyumannya.


5. Mengaku kesalahan anda jika berbuat salah
Jika anda melakukan kesalahan , cepat-cepat mengaku kesalahan anda dan memint maaf sebelum pasangan anda naik angin gila .  Mengaku kesalahan adalah benda paling mulia dilakukan , jika si dia nak marah lagi , sekurang-kurangnya anda berlaku jujur dengan perhubungan anda.


6. Jangan Katakan “Aku benci Kamu” or "I hate You". 
Apa pun yang Anda rasakan saat bertengkar, jangan pernah sekali pun mengeluarkan ungkapan benci. Apalagi jika sebenarnya Anda tidak bermaksud seperti yang Anda katakan. Ungkapan seperti, “Aku benci kalau kamu bersikap seperti itu”, akan lebih enak didengar dibandingkan “Aku benci padamu”.


7. Jika keadaan semakin tegang, apa yg anda perlu buat adalah BERSERAH JE LA.. 
Mungkin memang hari tu adalah takdir anda untuk dimarahi seseorang. Bila anda berserah, jangan lupa baca ayat Al-Quran surah 4 kul, dan hembuskan ke muka pasangan anda. Nescaya dengan izin ALLAH, marahnya akan berkurangan sekejap sahaja.

p/s: hope tips yang Iqa berikan ni sedikit sebanyak dapat membantu hubungan korang ye?? hehehe.. choww



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika