Bulan ni last Iqa berada di KL nie. Maksudnya Iqa da tak duduk n berkerja di sini lagi. Iqa da buat keputusan n fikir semasak- masaknya yang Iqa nk Pulang ke kampung halaman Iqa di Kluang Johor. Kampung lah sgt kan, wakakaka.. Iqa ingat nak cari kerja kat sane je. Iqa tak kisah pun kerja apa. Aslkan nak yang office hour dan weekend cuti ler. Kalau boleh nak cari kerja sebagai kerani lah kat mne2 yang sudi ambil Iqa berkerja. Plis, amiklah saya berkerja. Saya janji akan kerja dengan elok2 dan akan komited dengan kerja saya. Perh, buat drama murahan sebentar. Hehehe...
Untuk pengetahuan korang, dulu Iqa tinggal di Kota Tinggi. Tapi Abah Iqa kan Tentera, so dia kena transfer kat Kem Mahkota kat Kluang Johor. Agaknya kat Kluang tu best x?? Agaknya orang sana baik x?? Agaknya dorang sudi x berkwan dengan saya??? Apa da... Berapa kali agaknya la.. wakakaka....
Tapi entah la, macam tak percaya pula yang saya akan pulang ke Johor, Dulu bukan main xcited datang ke Kl nie mencari sesuap nasi dan rezeki yang Halal. Macam2 kerja saya pernah buat. Masa mule2 tu kerja Kilang je Kot. Da dapat kerja yang lagi better pastu berhenti. Jadi lah saya seorang Kerani yg Berjaya. Berjaya lah sangat. Paling mencabar kerja Kat Body Perfect la sebagai Custmer Service Executive. Macam2 ragam n karenah custmer yang kena hadapi. Yang best Gaji Pun masyuk. Tempat tu selalu kerabat diraja, datuk2 n datin2 dtg. Dorang memang baik tau..
Iqa perhatikan kan, orang yang biasa macam kita nie berlagak je lebih. Tapi tak semua la. Manusia ada yang baik, dan ada gak yang sombong. Nak buat macam mana. Bulu sama hitam, tapi hati lain2.. Apa da tukar pepatah.. wakakaka...
Rasanya da banyak Iqa melalut nie,. Iqa rase Iqa cuma nak cakap yang Iqa nak balik Johor n kerja kat sane, Iqa suka sangat dngan Johor tau. Johor best ada pantai, pokok2 kelapa sawit. Tak macam KL, banyak Bangla dan orang asing. Pening dengan kehadiran dan lambakkan pendatang asing di Malaysia nie. Serius cakap. Mesti korang dah bosan kan dengar Iqa membebel. K la, Iqa nak mendiamkan diri sekarang juga sambil merajuk n buat muka Duckface. hehehe..
Berjumpa lagi di Entry Yg seterusnya.. Bubye...
4 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:
merantau..menambah pengalaman..bertemu ngn pelbagai kerenah manusia...
waw ! best nya merantau kan.. 1day nanti sy pon akn merantau jugak kot hehe
Betol2. Byk kenangan suka dan duka smasa jd perantau. Mcm2 yg yg berlaku dlm idop.. Sume ni bg sy semngat utk berdikari..
Memang bestlah. Yg peting kita kna brani n kuatkn sembng tau. Bab berjauhan dgn ibu bapa. So kna berdikari la. Heheh
Post a Comment