Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Thursday, July 18, 2013

Puisi Dayana kepada Ashraf Muslim

Views

                                                                                     


Tak usah bicara tentang payung emas 
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
KeranaAku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawabKeranaAku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaanKeranaAku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang diaKeranaAku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di MakkahHebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..Kerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…



Tersentuh hati bila pertama kali baca Puisi yang di karangkan oleh Dayana ( isteri kepada pelakon & pengamal perubatan Ashraf Muslim). Sungguh menyentuh hati apabila terbaca setiap bait puisi yang dikarangnya. Sebagai seorang wanita, Iqa faham apa yang cuba di luahkan oleh Diyana, seorang isteri yang terkilan kerana suaminya telah bernikah di Thailand secara senyap2. 

Iqa tertanya2 kepada diri Iqa sendiri. Mengapa si lelaki hanya pentingkan diri sendiri?? Tidahkan dia fikir tentang perasaan isterinya, perasaan ibu bapa mereka, serta perasaan insan di sekeliling mereka. Mengapa dia mementingkan dirinya sendiri. Sanggup membuka aib sendiri, sedangkan beliau sebelom ini seorang yang agak di segani. Adakah dengan berkahwin di Thailand, tanpa persetujuan isteri pertamanya, dia akan mendapat kebahagiaan yang dia inginkan. Mengapa mengambil jalan yang mudah, tanpa befkir apa akibat yang akan berlaku kepada selepas ini.

Bukankah kauh adam di ciptakan dengan 9 akal?? Tidakkah beliau berfikir menggunakan akal yang telah di berikan?? Inilah manusia, bila nafsu menguasai diri. Akal yang di berikan langsung tak digunakan. Kesian kepada Diyana, tentu dia akan merasa sedih dan teraniaya. Suami yang di sayang dan di sanjung tinggi selama ini, mencalit duka kepadanya.

Kepada Dayana, anda seorang isteri yang sangat tabah.Walaaupun suami anda melakukan sedemikian rupa kepada anda, tapi anda tetap tersenyum dan berwajah tenang. Tapi di sebalik senyuman anda, tersimpan satu duka yang amat memeritkan. 

Mungkin ada hikmah di sebali kejadian. Semoga anda tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika