Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Wednesday, September 11, 2013

Aku dan cinta monyet

Views
                                                          ..ASSALAMUALAIKUM..

                                                                 Bajet ensem pulak monyet nie



Malam nie tibe2 teringat pasal zaman sekolah. Seronoknya zaman sekolah kan. Kita cume perlu pergi sekolah dan belajar je. Tak payah susah2 nak kerja. Tak payah nak peningkan kepala fikir pasal duit, nak bayar duit rumah, makan minum, belanja dan macam2 lagi lah. Kalau lah masa boleh di putarkan, rasa nak belajar betul2 je bagi dapat 9A1. Tapi da terlambat da. Umur da 23 tahun. Dah boleh jadi ibu orang dah aku nie. Ha ha ha.

Aku cume nak cerita masa aku form 2 dulu. Masa tu aku belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn. Aku kelas 2 bakti dulu. Nak di jadikan cerita, ada sorang budak lelaki nie baru pindah sekolah. Nama dia Abu Suffian bin Abdul Rahman. Ensem budaknya. Pandai pulak tu. Masuk kelas aku je dia slalu dapat No 1. Yang tak bestnya, dia suka sakat dan ejek aku. Aku tak tahu dalam ramai2 budak pompuan, dia suka ejek dan cari pasal dengan aku.

Masa sekolah dulu aku mana lah lawa. Muka kosong je tak da mekap pun. Tudung pun serabai je. Ramai orang gosipkan aku dengan dia. Lagipun dia selalu bagi aku surat layang. Dalam aku benci giler kat dia, ada jugak lah perasaan suk kat dia. Tapi pendam jela. Takot orang cakap syok sendiri pulak kan. Kalau korang nak tahu, zaman skola aku dulu suke sangat baca novel. Pantang kalau cikgu tak da dalam kelas mesti aku baca novel. Aku memang kaki novel yang tegar tau. Pernah tau satu masa tu aku khusyuk sangat baca novel. Si Abu nie tepuk aku dari belakang. Aku terkejut la sampai aku menjerit. Kalau aku menjerit, kelas sebelah pun boleh dengar. Aku buat tak tahu jela, aku sambung balik baca novel. Lepas tu dia kacau aku lagi. Dia rampas novel aku. Dalam hati aku cakap apa hal mamat nie. Aku geram terus kejar dia sekeliling kelas. Peduli apa aku budak kelas aku tengok kita orang main kejar2. Yang penting aku dapat novel aku semula.

Masa kelas kemahiran hidup, aku pun satu group dengan dia. Satu hari tu cikgu nak buat makan2. Yang tak leh blah nya, si Abu nie pandai masak tau. Masa tu dia masak mihun goreng. Sedap jugak mihun goreng dia. Aku takkan puji dia depan2, sebab nanti mamat tu terlebih perasan pulak. Masa tu aku rasa geram sangat kat dia. Time dia tengah masak tu aku pukul dia dari belakang. Lepas tu aku cubit dia sekuat hati. Padan muke dia. Tu lah balasan dia sebab selalu kacau aku selama nie. Lepas abis makan tu aku masuk bilik jahitan. Nak sambung jahit kain alas untuk meja kantin. Aku pun berjalan macam biasa. Bile aku lalu kat pintu, dia boleh pergi sergah aku pulak. Aku pun terkezot unta la. Sampai aku terjatuh tau. Kurang asam punya mamat poyo. Mesti dia nak balas dendam pasal aku cubit dia tadi. Aku apa lagi, aku kejar lah dia. Tumbuk perot dia, kita orang main tumbuk2 n sepak2 tau. Aku masa kat sekoah dulu ganas tau. Dia cakap aku pompuan yang sangat ganas. Ha ha ha.

Dia kalau depan cikgu, pijak semut pun tak mati tau. Benci giler kat dia. Aku pernah tulis kat meja aku; '' aku benci ko Abu Suffian''. Cikgu b.i pun ternampakla. Di suruh aku berdiri. Dia tanye kenapa aku benci Abu. Tapi aku senyap jela. Cikgu suruh aku padam yang aku conteng kat meja. Masa tu rasa macam nak menangis tau. Depan cikgu Abu tu memang la baik. Tapi belakang cikgu, selalu kacau aku. Sampai aku bengang giler dengan dia.

Kita orang pernah bergaduh kat tangga. Dia sepak kaki aku. Aku sepak dia lagi kuat. Dia Cubit2 aku. Dia tu memang nakal la. Aku pun tak paham kenapa sangat dia suka sakitkan hati aku. Sedangkan aku tak pernah nak cari pasal dengan dia. Dalam benci2 tu, ada la jugak perasaan suka kat dia. Maybe sebab dia pandai kot. Aku pun tak tahu dia suke aku ke tak. Kalau dia tak suka aku, kenapa dia kacau aku kan??? Sedangkan ramai lagi budak pompuan dalam kelas aku yang pandai2.

Yang paling sedih sebab tu hari last aku jumpe dia. Aku dengar kata dia akan tukar sekolah lame dia. Dia blaja situ setahun je sebab ayah dia nk kena transfer ke perak semula. Masa last day sekolah tu sedih sangat. Aku ingat lagi tarikh tu, 2 november 2004. Masa nak balik tu, kita orang turun tangga sama2. Tak cakap pape pun. Biasanya dia cari pasal dengan aku. Tapi  hari tu dia senyap je. Aku pun pelik dia tak kacau aku. Da sampai anak tangga yang last tu, kita orang bawak haluan masing2. Dia kekanan, aku jalan kekiri. Aku terus keluar pagar dan dia tak balik lagi masa tu. Dia lepak dengan kawan aku, double mira.

Dalam perjalanan tu hati aku sayu sangat. Naik form 3 tentu da tak dapat jumpa dia. Dia pindah kat pokok sena perak. Aku dengar dia ada penyakit. Tapi tak tahu la ada lagi ke tak. Tu je kota kisah aku tentang cinta monyet. Walaupun 9 tahun berlalu,  tapi aku still teringat kisah aku dan dia masa kat sekolah2 dulu. Korang tentu ada cerita yang best dari aku kan masa kat sekolah dulu?? 





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika