Setiap orang pasti mengimpikan kulit yang cantik dan berseri bukan?
Apabila kulit kita cantik, sudah tentulah kita akan merasa yakin dengan diri kita sendiri.
Setiap orang yang melihat kita pasti tersenyum dan kagum dengan kecantikkan kita miliki.
Di sini Iqa ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk awet muda.
Dapatlah korang semua memanfaatkannya ok.
Lindungi kulit daripada matahari
Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor
berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan
matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses
penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.
Elak merokok
Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang
kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan
melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan
pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.
Pencucian dalaman
Kebanyakan wanita tidak
mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian
yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan
kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal,
sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan
kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit
kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama
beberapa minit dan cuci dengan air suam.
Pelembapan dua kali ganda
Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap
pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim
pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah.
Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan
tisu.
Aktifkan peredaran darah
Penggunaan skrab wajah dua kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.
Penggunaan bedak asas
Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu
dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai. Misalnya, bedak asas,
konselar dan bedak kompak atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.
Kerap membelai wajah
Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk
memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu
dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan
rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Pengendalian lembut
Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles
secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling
mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu
dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa
menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim
tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.
Solekan yang sempurna
Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan
tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat
sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya
pembayang mata, maskara dan pengalit mata.
Iqa harap anda semua dapatlah mencuba tips yang Iqa berikan..
Semoga anda semua bersemangat untuk melakukan apa sahaja yang anda ingin lakukan.
Tidak perlu menggunakan produk yang mhl2 yang bakal merosakkan kulit anda.
Memadai dengan hanya mengikuti tips yang di berikan.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!
2 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:
anda di tag di sini http://www.zhafwanbasheer.com/2012/05/blogger-forum-caricybercom.html
ok thanks
Post a Comment