Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Wednesday, November 14, 2012

HANGOUT WITH MY BFF. LIMA TAHUN TAK JUMPA..

Views
                                                               ASSALAMUALAIKUM....

Hari ni Iqa happy sangat tau. Sebab Iqa nak jumpe dengan BFF Iqa yang dah 5 tahun tak jumpa. Wow,5 thn tu. 1 jangka masa yang agak lama kan??? Macam tak percaya je. So kiranya sesi jejak kasih la. Rindu tau kat dia. Sebelom ni hanye chat n msg kat muka buku je. Sebenarnya dia tak ley cuti hari ni tau. Tapi sebab saya ni amat rindukan dia, so dia mintak cuti lah dengan bos dia yang kekwat tu. Sanggup tau dia cuti sebab saya tau. Tu lah namanya BFF kan. hehe..

                     Kami membuat keputusan untuk bertemu Di Time Square. Tempat shopping yang amat saya sukai. Mule2 kita owang nak  tengok wayang. Selamat dia bukan jenis yang cerewet. Dia tak kisah pun nak tengok cerita apa. Dan saya pulak nak tengok cerita Istanbul Aku datang. Lakonan Lisa Surihani, Tomok, Beto Kushairi dan aizat. Best tau cerita dia. Ada part kelakar, si lisa ni dia takot kucing. Dan bila dia nampak kucing tu, dia menjerit la. Dia panjat  atas belakang Beto Kushairi nie. Si beto ni pun marah2 la suruh dia turun bab dia tak nampak. N then part yang sedihnya bila Lisa kena hina n maki oleh Tomok. Bab dia ingat Lisa bersekedudukan dengan si Beto nie. Mcam2 dia tuduh Lisa. Padahal si tomok ni yang jahat. Dia  yang ada skandal dengan pompuan lain. Bila part sedih tu kan, memang mengalir betol air mata.

                                  Kiranya cerita tu memang best la. Tak rugi tengok tau.Memang berbaloi lah tengok cerita nie. Tapi yang tak best nya kami duduk kat seat depan sekali.Memang penuh la 1 dewan. Masa tu ingat nak tengok cerita pukul 2. Cerita pukul dua ada beberapa seat je. Tu pun duduk asing2. Tak nak lah duduk asing kan. So kita owang pun buat keputusan untuk tengok cerita pukul 4. Menanti pukul 4 tu, kita orang pegi makan dulu. Masing2 belom makan lagi. Myra cakap dia tak makan lagi. Sebab dia nak makan dengan Iqa. Ws, terharunya kan. So Myra decide dia nak mam kat Subway. Saya ikut je. Kami order chicken terriyaki. Memang sedap, tapi makan sikit je saya da muak. Haha..

                                     So bermulalah sesi bercerita. Almaklumlah, dah lama tak jumpa kan. So banyak lah yang nak di ceritakan. Dari kisah peribadi sampai lah ke alam perkerjaan. Rasanya tak cukup 1 hari kot.  Lepas makan tu kami jalan2 la. Kita orang berkenan dengan 1 kasut tu. Cantik sangat. So, kami pun beli lah kasut tu. Kami membeli kasut yang sama. Hehe...

                                      Myra pantang tengok  baju tau. Kalau boleh, semua dia nak beli. Dia tanye pendapat Iqa. Cantik tak baju tu. Bila Iqa cakapbaju tu cantik, terus dia beli. N then lepas bayar harga baju tu dia ckap," psal ko lah aku beli baju ni". Sengal dia kan. Iqa lak yang di persalahkan. Kan cakap baju tu tak lawa, marah lak. Haha.. So layankan jela..

                                   Lepas da penat n termuntah pusing satu Time Square tu, dia ajak Iqa pergi Sungei Wang.  Dia cakap nak beli cincin untuk dia dengan pakwe dia. Nak ganti cincin yang dia hilangkan tu. Alahai, romantiknya kwan baikku ini. Dia beli cincin yang ada ukiran Love2 tu. Boley lah tahan. Tapi bukan orang tua2 cakap, tak elok ke bagi barang2 macam tu. Nanti hubungan tak kekal. Iqa pun tak tahu lah betul ke tak. Orang Melayu ni kan banyak pantang larangnya. 

Lepas tu nampak aiskim McD. Iqa  nie pulak tak boley nampak makanan. Rasa nak makan je. Pastu Iqa pun order lah satu aiskim sundae stoberi kesukaan Iqa .Iqa siap pesan lagi kat abang McD tu..

'' Abang, stoberi lebih yew. Jangan kedekot.. Heheh",.... kataku dalam nada bergurau.

" Nak lebiy boley. Tapi kena bagi num phone dulu", kata abang McD tersebut.

                             Nah, amik kau. Penuh satu cawan aiskim ku. Sampai tumpah2. Happy sangt2 bab dapat makan aiskim. Rasa macam nak lompat2 tau sebaB terlalu seronok sebab dapat makan aiskim.. Hehe.. Masa tengah tengok2 barang tu, mira suruh Iqa pegang aiskim dia tau. Masa nak kuar dari kedai tu, Iqa terlanggar satu amoi nie. N then aiskim mira terkena kat rambut amoi tu. Amoi tu tk perasan kot kat rambut dia terkena aiskim. Takot punyer pasal, terus Iqa keluar dari kedai tu. Iqa cakap dengan Mira. N then Iqa suruh mira buang aiskim tu. Bab da terkena rambut amoi tu kan. Mana lah tahu kat rambut dia ada kutu. Hik2...

                  Iqa rsa sampai sini dulu citer Iqa. Bab Iqa nak tengok citer Putera Rayyan ni.
                                                            Bubye semua....

P/S: Mungkin cerita nie agak keboringan sedikit sebab tiada sebarang gambar. Myra ni pemalu orangnya..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

2 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

hnahdy said...

mesti lain muka kan

Iqa Zulaika said...

Muka sme je..
Tp bentuk bdn yg berbeza.
Haha..

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika