Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Tuesday, May 14, 2013

INTERVIEW SENDAYU TINGGI

Views
.....ASSALAMUALAIKUM.....

 Sebenarnya, interview start pukul 10 tapi Iqa sampai sane dlm 10.30. Mule2 Iqa ingat nak bertolak ke sana awal sikit. Tapi kepala nie tak nak lak berpisah dengan bantal. So pukul 9 baru bangun. Hehehe.. ( alasan je semua nie). Dengan muka yang tak cuci, terus breakfast.  Iqa bekpes karipap sardin n bubur. Biasa Iqa bekpes karipap dgn nasi lemak or mee hun je. Tapi hari ni teringin lak nak mam bubur. Gedix je lebiy kan haku nie. Macam mengidam lak. Hehehe.. By the way karipap itu mmg sdp. Hari2 makan tak puas. Teringin amik gambar dengan mak cik karipap itu dan mengabdikan gambar kami bersama2 sme... 
(ayat tak ley blah kan?? ) hehehe..

Tapi bubur mak cik tu kureng sikit. Tak minat lah rasa dia. Saya nie cerewet sikit ok. hehehe.. Tak berapa nak sedap pun, tp 3/4 jugak bubur tu Iqa makan. Almaklumla, orang dah bg. Tak kan nak membazir lak kan.  Berbalik kepada karipap tadi  tu ha, ( tak abis lagi cerita pasal karipap tu) harga dia singgit dapat 4 biji. Besar2 lak tu kan. Kat KL jangan harap nak dapat 4 bijik singgit ok.. Maklomla, kos sara idop kat sana tinggi. Tak boleh lah nak di bandingkan dengan Kota Tinggi nie. ( Tinggi lah sangat kan.. Masa hujan pun banjir teruk).. Jangan mara ok orang Kota Tinggi.

Rasanya nak cerita pasal interview tadi. Nie haku da terlebiy melalut nie. Jangan mare.. Hari ni Iqa pakai baju kurung warna hijau. Amik ko pakai baju kurung. Konon nak tunjuk ayu lah. hehehe.. Iqa pergi naik bas. Turun dekat bangunan Arked Mara. Naik la haku ke tingkat 1, melilau mencari tempat nak interbiu. Dia cakap kat bilik Laksamana. Cari punyer cari jumpelah bilik interbiu itu. Ada lah dalam 5 orang tengan nk tunggu Turn nk di Interbiu. Haku senyum jela dekat dorang. Abang Interbiu tu sungguh smart ok. Tetibe rasa nak buat2 pengsan kat  situ. Agaknya kalau haku pengsan kat situ, Abang interbiu tu nak tak angkat haku yang tak berapa nak selim nie?? wakakaka..

Dah siap Isi borang tu terus bagi borang kat abang interbiu tu. Dia senyum je. Pastu dia mintak gambar. N then dia suruh duduk dulu. Panas woo kt luar tu. Cair mekap haku yang tak berapa nak tebal nie. Tengah menunggu tu Online ler dulu. Tetibe adik haku yang yang blaja kat Madrasah di Kelantan tu CALL. Kita orang bergosip ok. Dia lagi kuat bergosip dari haku. Tak padan lelaki, mengalahkan pompuan kalau dia bergosip. 

Akhirnya tibalah masanya aku nak di Interview. Ada 2 org Interviewer. Sowg abang smart tadi tu ha, n sowang lagi akaq cute nie. Dia suruh aku perkenalkan diri. Sekali haku speaking London okeyh. Terpegun mereka berdua. Tapi dorang tanye soalan kat haku dalam bahasa ibuku la. Haku pun jawab lah soalan tu sebaik mungkin. Kadang2 haku rase dorang tanye soalan lain. Tapi haku jawab jugak soalan tu. Tapi kelaut jugak jawapan haku. Hentam sajalah labi...

Tapi haku rasa confident je jawapan haku. Haku kan petah berkata2 so senang ler haku nak menjawab soalan2 tu. Lagipun haku memang ada pengalaman dalam bidang customer service. So tak jdi masalah lah kepada haku untuk berurusan dengan customer nanti. Dah habis interbiu tu abang smart tu suruh haku tanggalkan make up. Dia cakap tu mmg procedure company. Sebab bos dia nak tengok wajah kita orang sebelum make up dengan selepas make up. Cam ne nie, muka da la buruk gila tanpe make up. Emaaaaaaakkkkkkkk.. Rasanya kalau haku histeria kat situ dengan memanggil nama emak, gerenti emakku tak dengar. Nak tak nak Haku kena tanggalkan make up gak. Huhuhu.. 

Da tanggalkan make up tu panggil lah abang tu. Cakap dengan dia, tak pe ke muke buruk nie. Abang tu cakap ok je. Lega sikit haku dengar.  Siap pesan lagi kat dia jangan sebarkan. Bajet  artis pulak kan.. 

Lepas dia dah amik gambar tu, dia suruh haku make up semula dengan menggunakan make up keluaran Sendayu Tinggi ok. Sukanya haku dapat pakai make up free. Teruja haku tengok koleksi make up. Sampai tak tahu nak pakai yang mana 1. Cepat2 haku pakai make up. Abang tu bagi masa 15 min je. (padahal tak sampai 15 min pun). Mana cukop. Biasanya paling lambat aq make up 30 min je. 

Tengah make up tu, aq terdengar lah abang tu interbiu orang lain. akaq nie dah kawen. Suami dia kerja kapal. katanya lah. Interviewer ni tanye lah macam2 soalan kat dia. Interviewer nie cakap, kenapa suara awak perlahan sangat. ''Nanti kalau ada custmer, custmer tak dengan suara awak macam mana''?? akq tu cakap yang dia pemalu. Pastu dorang siap suruh akaq tu berlakon lagi. Interviewer tu jadi customer. N then akaq tu jadi penjual. Akaq tu nervous, cian haku tengok. Haku tak siap pun lagi make up. Akaq tu da abis interview. Tadi haku interview bukan main lame. Asal akaq tu sekejap je. Pastu abang tu nak amik haku gambar lepas make up. N then  da boleh balik. Abang tu siap cakap terima kasih lagi. Berbudi bahasa betul. Haku pun tak tau dia dah kawen ke belom. Kalau belom kawen lagi, haku nak p jumpe mak dia. Tapi tak boley la nak bagi tau korang haku nak cakap apa kat mak dia. Rahsia okey!!! wakakaka..

 Iqa rasa sampai sini sahaja bebelan dan pengalaman Iqa masa interbiu tadi. Da abis baca tu silalah komen k. Klau malas gak, like pun ok. 

Jumpe lagi di entry yang seterusnya.. Bubye Allzz...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika