Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Monday, July 22, 2013

STALKER

Views
                                                   
                                                   ASSALAMUALAIKUM

        Hari ni tetibe kemain rajin pulak nak taip entry. Skali dua entry sekaligus. Nie time rajin ler. Kalau datang mood malas, berbulan2 jugak la tak taip entry. Apa nak buat. Ikot mood ler. Hehehe.. Ok, berbalik kepada tajuk di atas, korang pernah tak rasa setiap apa jua benda yang korang buat, ada orang yang memerhatikan korang?? Ianya di panggil stalker. Tapi rimas jugak lah dengan orang macam nie (sambil taip entry dengan angkuhnya bajet diri pemes macam Tasha Shilla).

                            Nak di jadikan cerita, bf Iqa punye ex couple dia. Nama dia J, bukan nama sebenar. Dia add Iqa. Iqa tanye la bf, nak approve x kawan awk. Dia ckp approve jela ( masa tu tak tau pun tu ex couple dia). Macam biasa la buat status ikot sedap hati haku. Kekadang baca status dia pelik jugak.. Macam memerli seseorang. Masa tu tak tau pulak yang dia perli Iqa n bf Iqa. Actually masa tu kita orang baru couple. Tp tak show relationship. Si J tu adalah lah tanye Bf Iqa, tak nak cite ke pasal awek. N bf Iqa cakap, biarlah rahsia. 

                            Lepastu boleh pulak dia update status, '' ko da couple dengan kawan baik aku, jaga dia elok2. Jangan mainkan hati n perasaan dia. Kalau aku tahu ko mainkan dia siap ko. Ko da pndai rahsia dengan aku kan'',. Amboi minah nie, kerek pulak kan dia nak perli orang. Malas nak layan orang pikiran sempit macam tu. Setahu Iqa la, mereka couple tak lame. Bcoz si J tu cume main2 je. Tak serius pun. Pandai pulak kan nak nasihat kt orang. Banyak lagi lah yang si J ni perli. Kadang2 kalau dia post status kan, macam pompuan meroyan pun ada. Couple tak pernah nak kekal. Macam mana nak kekal, kalau perangai awk mcm tu. Berubah yew.

Kadang2 kan status iqa tu dah seminggu. Maybe dia baru stalk, n then dia update la status nak perli orang. Ni status iqa :

Tak phm lol. Da unfriend pun still nk add balik. Nk kata kenal x. Ni mesti kes nk stalk fb org nie. Tak suke bce status awk yg merapu tu.. Huhu
Lepas tu dia reply:

''Ko ingat ko tu chantek sangat sampai aku nak stalk fb ko. Aku cuma nak berkawan je. Kalau rasa tak boleh berkawan, ko duduk je dalam hutan senyap2. Ko jangan nak buat aku marah. Hilang amalan  puasa aku sebab nak mengumpat orang macam ko. Tak suka lah tengok iklan ko yang tah pape tu.''

Yang peliknya, macam mana dia tahu Iqa perli dia. Masalahnya status tu dah seminggu. Dia tagged kawan dia ramai2 kutuk Iqa. Siap tagged bf Iqa lagi. Pastu bf Iqa buat la status pasal kebaikan. Dia boleh pulak komen, '' ko perli aku ke''. Tahu pulak terasa kan. Sape yang makan cili, dia lah yang terasa pedasnya. Tibe2 muncul la status terbaru dia. ''Pakwe cakap pasal benda2 baik je, tapi makwe dia mulut cam sial''. Amboi sesedap rase je dia cakap kita mulut macam sial. Dia yang perli orang bagai nak rak.

Iqa pun tak paham la dengan orang yang macam nie, rasanya dia nie ada masalah mental yang melampau. Maybe dia masih suke kt bf Iqa. N tak dapat terima yang kita orang bahagia sekrang. Malas lah Iqa nak pikir pasal orang macam nie. Buat semak je n sakit kepala. So Iqa buat keputusan nak block je dia. Untuk apa friend dengan orang mcm tu. Menyakitkan hati je. Tu jela jalan yang terbaik. Sebelom nie adik beradik dia pun add Iqa tau. Nak stalk kita  la tu. Malas nak melayan orang cam nie. Makin melayan makin menjadi2 perangai dia. Semoga dia berubah. Kalau perangai dia still macam nie, mana2 lelaki pun tak nak kat dia.




                      


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

2 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

zeera lily said...

selamat menyambut ramadhan =)

Iqa Zulaika said...

selamat berpuasa jugk kpd zira.. thnks bab sudi kunjung blog iqa.. :)

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika