Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Friday, August 30, 2013

STEAMBOAT TIME!!!

Views



Sebelom tu Iqa nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 56 kepada korang semua. Semoga negara kita akan sentiasa aman dan makmur. Semoga Allah memberkati hidup kita dan melindungi kita dari anasir yang buruk. 

                    Sambutan hari kemerdekaan dekat Kota Tinggi nie tak kurang meriahnya. Siap ada konsert lagi. Jalan dari Kota Tinggi menuju ke JB agak sesak. Parking kereta dak dekat sini mmg sesak dan tak da parking! Sampai nak tengok bunga api pun berhenti pun kat tepi jalan je. Nak pergi tengok konsert, tapi penyanyi nya tak best la. Memilih haku ini. He he he.

                                   So sebelum nak tunggu tepat jam 12 malam. Kita orang nak pergi isi perut yang comel dan montel nie dulu ha. My laling buat rancangan last minute. Kalau dia cakap awal2 kan bagus. Boley ikat perot semata2 nak makan steamboat. Da la ptg haku melantak nasi goreng kampung dengan tak sedar diri. Malam tu pulak makan steamboat. Memang penuh la perut. Kita orang pergi 3 orang je. Haku, my laling n adik dia. Sepatutnya ada sorang lagi budak cine yang bernama zhi king nie ha. Mana ntah dia pergi. Call tak angkat. Memang nak kena jentik budak nie. 

Nama restoran yang kita orang pergi tu adalah LAGI BEST! Ianya terletak di Taman Gaya, Ulu Tiram johor. Ianya mempunya pelbagai menu sperti steamboat, grill, sayur-sayuran, buahan2, nasi, pelbagai jenis bebola yang paling penting tentulah aiskrim ! Kita suke sangat aikskrim tau! Tapi cume ada 3 perasa je. Vanilla, jagung n coklat.

 Buat pengetahuan korang, ini  adalah kali kedua kita orang pergi sane. Dulu harga dia lain tau. Sekrang bagi dewasa dia charge RM21. Kanak2 dan warga emas RM10 je. Kalau tak habis, dia charge RM5 untuk setiap 100gm. Bagi Iqa berbaloi la makan kat sini.  Yang penting dia mesti ada ketam. Kalau tak da ketam gerenti aku tak nak pergi. Hahaha.. Pernah tau masa kat KL Iqa mam steamboat kat restoran Tupai- tupai nama dia ha. Harga dia 29.90. Tapi ketam tak da nok! Rasa macam nak marah je. Tetibe lak angin kus2 haku datang waktu tu. Lain kali da tak nak pergi restoran tupai2 tu ha!

Jom kita tengok mereka makan. Sorry tak da picture i. Sebab tahu muke kita buruk bile tengah makan ketam tu ha.. He he he..






Muka budak happy dapat makan Steamboat. Sorry ler gambar tak cantik. Henpon murah la katakan.



Nie adik dia. Faiz namanya. Tengok muke dia khusyuk bebenor nak buat makan. Sekrang dia blaja kat Kolej Profesional Mara Bandar Penawar dan mengambil jurusan Accounting. Buat pengetahuan korang, kpm tu adalah ex-college Iqa..



Dua beradik nie bertungkus- lumus memasak makanan masing2. Iqa tengok je. Tak suka la nak grill2 nie, Leceh tau. Masukkan ketam n udang kat kuah tom yam. Bile dah mendidih terua angkat da makan. Senag kan?? Kita minum air 100 plus je. Aiskrim tambah 4 kali tau! Pliz percaya ok~!




Sisa2 ketam sape tu ha! Penuh satu pinggan! Dorang dua beradik nie kan pelik bebenor. Mereka kurang meminati makanan laut. Dorang juz makan bebola, ayam, nsi n aiskrim je. My laling nie pulak langsung tak suke ikan. Iqa nie pulak pemakan ikan yang tegar! Amboi ayat, kemain. He he he.




Kira2 2 jam kita orang makan kat situ dengan angkuhnya. Tak pandang kiri kanan. Selagi ada makanan bedal je. Pukul 11.30 baru kita orang balik ke Kota Tinggi. Tapi tak balik rumah dulu sebab nak tengok bunga api. Parking penuh. So juz berhentikan kereta kat tepi jalan dan tengok bunga api kat situ je. Sekejap je bunga pertunjukkan bunga api. Kalau kat KL mesti meriah gile2. I really miss KL damn much!!
  



 Tetibe je Iqa tunjuk gambar produk tu. Tak da kena mengena pun dengan steamboat tu ha! Tapi nak share jugak. Iqa kan ada masalah resdung. So orang yang ada masalh resdung nie tak di galakkan makan seafood kan?? Kalau makan jugak, nnti gatal ler seluruh muka dan badan. Tapi baru Iqa perasan sejak Iqa gune produk Magical Slim Soap keluaran Jamu Susuk Dara tu, Kulit Iqa da tak allergik da bile makan seafood.  Best sangat tau. Bukan sahaja kulit kita makin lembut dan sihat, tapi parut kat badan pun da berkurang. 

Yang paling best dalam sabun tu ada seaweed dan daun pegaga, yakni bagus untuk kecantikan kulit. Sabun tu bukan sahaja untuk kecantikan kulit, tapi untuk slimming tau. Best gile tau. Kenapa la Iqa tak tahu dari mule kan. Thanks kepada pengasas Jamu Susuk Dara iaitu Puan Hanni Borhan sebab mengeluarkan produk yang best macam nie. Saya kini bebas masalah allergik! So kepada sesiapa yang ada masalah allergik bile makan seafood, boley la try produk nie k. Memang magic lah sabun nie. Sya jamin anda akan puas hati seperti saya.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika