Views
Korang mesti pernah pergi ke Genting Higland kan?? Iqa pun suka sangat pergi ke Genting Higland. Tempat tu sangat best, lebih2 lagi taman tema dia. Ada pelbagai jenis permainan yang mencabar. Tapi kalau ada di antara korang yang mengalami sakit jantung jgn main permainan tersebut ok. Bahaya!. Setiap bulan pasti Iqa akan pergi ke Genting.
Korang tahu tak ada kisah seram di sebalik Genting Highland. Iqa ada baca satu artikel tentang kisah seram di Genting Highland. Betul atau tidak, Allahualam. Iqa akan kongsikan untuk tatapan anda semua.
Jom baca kisah seram di bawah ini.

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel
dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas
bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke
puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan
terpanjang di Asia Tenggara.
Korang mesti tertanye2 apa yang membuatkan orang minat sgt nak ke
Genting. Ada 2 sebab kenapa orang suka sgt pergi Genting. Yang pertama sebab orang suka pergi ke Theme Park dan yang kedua
majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino.
Mana taknya,
Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World
Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort
dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi segala misterinya bermula di sini.
Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam
Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan
di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini
seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang
berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang,
semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini
juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami
ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang
berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak
kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan”
ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang
pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka,
oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua
ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat
Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan
dan pangsapuri di Genting.
1. Amber Court

Ini merupakan tempat yang paling
menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang
paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta
menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik
private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di
Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan
kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya?
Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg
berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa
member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg
barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi
sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena
ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn
roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai
member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang
ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak
layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku nk citer pasal amber court
ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah
jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada
tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2
kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari
bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk
blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama
macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu
lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn
pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port
bunuh diri…”
2. Apartment Ria

Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang
lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan
kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut………
setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan
ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut
dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di
dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah
di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah
mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik
yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai
tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la
pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade
sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram
je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1
unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je
bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram
jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm
bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel

Ini hotel yang pernah menjadi Hotel
Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay
kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga
yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr citer membe aku ada sorang pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil. Tu
yg diorg citer la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak
ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku
baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal
aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido
pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock

Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
Budak genting panggil tempat tu Batu Berayun, sebab kedudukan batu tu macam tergantung. Alah, korang mesti perasan punyer kalau pergi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je. Kat situ salalu gak ada budak kena sakat sebab merendek kat situ, dorang kata kat situ ada kes suicide tapi da lame la. Member aq kene kat situ. Di pergi jalan2 time tu. Dia selalu lepas kerja pergi jalan2 kat area tu. Pada 1 mlm tu nasib baik tak nampak. Nampak la bend tu . Nampak cam pompuan nangis. Dia nangis kuat sgt sampai mengilai. Nasib baik la member aku ni kuat gak la. Dia blah slow2, besok demam gak la hari tu.
Bila iqa baca kisah2 tersebut rasa meremang gak la bulu roma. Tetibe takut lak nak pergi Genting Highland lagi. Tapi setiap kali Iqa pergi Genting ok je. Memang tak da apa2 pun yang berlaku. Tak rasa seram pun. Kawan Iqa pun ada gak yang kerja kat situ. Tapi xda pun dia cerita pasal citer2 seram kat Genting tu. Setahu Iqa la, makhluk halus tersebut akan mengacau orang yang lemah semangat je. Orang yang hati dia tak kuat memang akan kena kacau. So, byk2 lah berdoa moga di jauhkan benda2 yang buruk ke atas diri yew...
If korang ada cerita yang menarik tentang Genting Higland, share lah yew.
Wassalam..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!
Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika