Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Friday, June 15, 2012

PERHATIAN!! BERHATI- HATILAH SEMASA MEMBERIKAN SEBARANG KOMEN

Views

Komen merupakan satu ulasan atau pandangan tentang sesuatu perkara yang di bincangkan.


Ada komen- komen yang baik iaitu komen yang membina yang berunsurkan positif seperti memberikan pendapt untuk membuat 1 perubahan.


Komen yang tidak baik pula adalah komen yang berunsurkan negatif seperti mencaci, menghina dan mengeluarkan kata yang kesat.


Tahukah anda semua bahawa mulai 1 jun 2012 kerajaan telah melancarkan 1 akta keterangan, pengguna internet:                                 

                                                         PERINGATAN PENTING!!!!

MULAI 1 HB JUN 2012

Mulai tarikh hari ini, segala bentuk pemindahan maklumat, info, gambar, komen maupn pandangan telah menjadi tanggungjawap para pengguna Internet itu sendiri. Para Blogger juga tidak terkecuali, harus bertanggungjawap atas apa2 tindakan mereka.

Melalui pindaan pada Akta Keterangan, pengguna Internet (termasuk para blogger) akan lebih ALERT danbertanggungjawap dengan tindakan mereka ketikamengedar, mengirim, menerbit, memaparkan, merakam maupn pandangan dan komen melalui blog mereka. Segala aktiviti pengisian maklumat melalui Internet termasuk aktiviti blogging tertakluk dgn pindaan Akta ini.


Akta ini juga, menetapkan yang mana para pengguna Internet bakal bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Ini bermakna, jika sesiapa pn yang mengirim sebarang komen atau pandangan , melalui blog anda, facebook page/wall anda, twitter anda, maupn melalui pengkongsian WIFI anda, maka ANDA akan dipertanggungjawapkan ke atas apa jua aktiviti yang berkaitan melalui pengkongsian tersebut dibawah Akta Keterangan (Pindaan) 2012.


                                                      



    Ini bermakna kita sebagai blogger dan pemilik url blog kita bertanggungjawab di atas semua komen yang di-approved kat blog kita. sebagai contoh si A meletakkan kata-kata fitnah ke atas diri B di ruangan komen blog C. jika pihak B mengambil tindakan undang-undang bukan si A sahaja yang akan di kenakan tindakan tetapi si pemilik blog C juga boleh diheret.


Sebab itulah semua blogger digalakkan menyemak semua komen sebelum menyiarkannya(publish/approve). Auto-publish sangat tidak digalakkan.Kepada para blogger semua di nasihatkan apabila anda ingin menaip sesuatu entry, haruslah sentiasa berhati2 dan berwaspada dengan penulisan anda.


Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata???( sambung sendiri)..


Untuk maklumat lanjut klik di sini.. AKTA KETERANGAN (PINDAAN) 2012..


                                                                     credit to Elia 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika