Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Tuesday, September 18, 2012

TIKA BIDADARI BERBISIK

Views
                                                       ASSALAMUALAIKUM.....

                                            Kadangkala ALLAH sembunyikn matahari,
                                                 DIA datangkan petir dan kilat.
                                              Kita menangis dan tertanya- tanya, 
                                               kemana menghilangnya sinar.
                                    Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.
                                                             
                                                                           

Mutiara kata ini mempunyai maksud yang sgt mendalam terhadap diri saya. Di saat saya jatuh dan terkapai-kapai untuk bangun, ianya seolah2 memberikan saya sinar harapan untuk meneruskan kehidupan ini. Bunyinya seperti seseorang yang berada dalam kesulitan dan memerlukan  pertolongan untuk bangkit semula. Ya, waktu ini saya memang tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan saya. Kerana seorang lelaki, saya telah menjadi seorang perempuan yang sangat lemah. Sedangkan selama ini sya adalah seorang gadis yang sangat cekal dan tabah menghadapi dugaan hidup. Kerana seorang lelaki juga, saya telah hilang semangat yang selama ini memuncak tinggi.

Semalaman saya menangis seorang diri di kamar. Mengenangkan perkara sedih yang telah berlaku ke ats diri saya. Apabila mengalirkan air mata yang selama ini di tahan, barulah hati dan jiwa raga saya menjadi sgt tenang. Setenang air di lautan. Saya menangisi, kenapa ianya harus berlaku berulang kali kepada diri saya. Ya, mungkin dulu saya pernah melakukan kesilapan. Tapi saya sudah berubah. Semalaman saya juga berfikir, berfikir tentang kehidupan yang akan saya lalui pada hari esok. Saya berkata kepada diri saya, apabila saya telah bangun pada keesokkan harinya. Saya ingin melupakan perkara sedih ini. Cukplah semalaman saya menangisinya. Saya tidak mahu mengingatnya kembali pada ke esokkan harinya. 

Sebelum tidur. saya sembahyang n membaca surah yassin. Saya berdoa kepada Allah agar saya dapat melupakan perkara sedih ini. Saya membaca surah Yaasin, sambil menghayati mksud di sebalik surah Yaasin ini. Betapa kagumnya sya kepada Allah S.w.T setelah membaca surah ini. Maksud di sebalik surah ini amat bermakna bagi saya. Selama ini saya hanya membaca surah Yaasin tanpa mengetahui maksudnya. Ya Allah, betapa besarnya anugerahmu ini. Ya, saya akui, apa bila saya berada dalam kesulitan, barulah saya akan mengigatinya. Rupanya, Allah datngkan musibah ini kepda saya kerana dia amat menyayangi saya dan ingin saya dekat kepadanya. Ya Alllah, betapa aku sangat mencintaimu dan merindukan mu.. Maafkan hambamu ini kerana apabila kau dtg kan musibah, barulah aku ingat kpdamu. Ya Allah, betapa berdosanya aku di matamu Ya Allah..

Keesokkan harinya, saya telah ke kedai buku. Sya telah membeli dua buah buku. Satu bertajuk, ''TIKA BIDADARI BERBISIK dan satu lagi say lupa apa tajuknya. Buku ''TIKA BIDADARI BERBISIK'' ini seharuslah di baca dan dimiliki oleh stiap kaum wanita. Buku ini sangat bagus kerana ianya mengupas tentang medan persefahaman untuk mengenali dan memahami sifat-sifat semula jadi seorang wanita. Buku ini telah memotivasikan saya dan menjawab segala persoalan saya.'' kenapa semua ini berlaku ke ats diri saya''. Ianya juga memberikan panduan bukan sahaja kepada wanita bujang, malah mereka yang telah berkahwin juga haruslah memiliki buku ini. Ianya memberikan pengetahuan yang sgt berguna kepada kita dalam melayari kehidupan kita seharian agak tidak tersasar jauh dari kehidupan..


Antara tajuk2 dalam buku Tika bidadari berbisik ini adalah: ( klik utk baca )


Apabila kita berasa sedih dan mendapat dugaan, ingatlah kepada Allah yang telah mencipta kita. DIA datangkan kita musibah adalah untuk kita mengingatinya dan kembali ke jalanya. Ini kerana Allah sangat sayangkan kita. Kepada anda di luar sana yang sedang berduka cita dan menghadapi masalah, jngnlah kita membuat andaian bahwa Allah tidak adil adil n selalu memberikan kita ujian. Sebenarnya, Allah membuar begitu agar kita mengingatinya dan kembali kepada jalanya. Kembalilah kepada tuhan, kerana dia lah yang meminjam kan dunia yang sementara kepada kita, agar kita beriman dan bertakwa kepada kita. 

Janganlah kita siakan kehidupan yang sementara ini kerana di akhirat kelak, kita akan mendapat kehidupan yang lebih bagus apabila kita beriman dan melakukan apa yang di suruhnya. Kerana ALLAH akan menepati janji kepada setiap umat yang bertakwa kepada. Jika tidak, neraka lah tempat anda. Kita semua takut bukan dengan azabnya. Kita semua tidak tahu bila kita semua akan meninggalkan dunia yang fana ini. Sebelum malaikat maut mencabut nywa kita, kita perlu lah berubah perlahan-lahan agar kita berada bersama- sama orang yang beriman.. Amin..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika