Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Tuesday, September 18, 2012

I LOVE MY BLOG.. KENAPA KITA SUKA DUNIA BLOGGING??

Views
                                                    ASSALAMUALAIKUM...

                                                                    


Ringkas je tajuknya.. Tapi mempunyai maksud yang amat mendalam. Alhamdulillah, sya telah mempunyai  413 followers. Betapa bersyukurnya saya kerana ada yang sudi follow blog saya n membaca catatan saya. Walaupun tak lah seramai follower korang kan.. Tapi kira ok lah. Dari xda langsung.. hehe..Dan saya mempunyai 11130 pageview, yakni orang yang telah menyedari Blog burukku ini. Alhamdulillah. Saya ni minat berblogging kerana saya suka menaip. 


Sejak saya berblogging ni, perubahan ketara yang saya nampak keatas diri saya adalah kemahiran menaip saya semakin pantas. Betul wa ckp lu.. Haha.. Bukan main lagi kau yew Iqa. Kalau dulu masa mula nk menaip, lembap betol jari nk tekan papan kekunci ni. Tercari2 huruf da nombor. Sekarang tidak lagi. Tapi saya rasa, tentu anda di luar lagi laju menaip dari saya kan???

Selain itu, saya suka membaca blog orang. Saya sukakan blog yang di tulis dari hati. Maksud di tulis dari hati adalah bermaksud orang tersebut menulis berdasarkan ideanya sendiri. No copy paste. Barulah nampak natural kan. Bila kita membaca sesebuah blog, kita akan merasai sendiri apa yang di rasai oleh penulis saat2 itu. Kita bukan sahaja boley menyelami hati penulis, malah kita boley menambahkan rakan. Seronok tau berkwn dengan orang yg meminati dunia blogging seperti kita. Kita bukan sahaja boley bertukar pendapat, Malah merapatkan silaturrahim sesama islam. Dari blog juga kita boleh berdakwah dan menambahkan pahala..

Bukan itu sahaja, dengan berblog, kita juga boleh menambah pendapatan sampingan.. kalau anda rajin, join lah churp2, says or Nuffnang. Mereka akan membayar anda jika anda menyiarkan iklan mereka. Macam iqa ni malas sikit kalau bab nk promote nie.. hehe.. Kepada anda yang rajin n ingin menjana pendapatan, boley la melakukan nya. Kepada anda  yang minat meniaga, anda boley memasarkan produk anda di dalam blog. Beriklan di blog anda sendiri tidak perlu mengeluarkan wang. Malah anda sendiri akan mendapat hasil dari produk anda. Ramai orang memasarkan produk mereka dengan menggunakan blog. Caranya sungguh efektif dan boleh di lakukan di mana2 sahaja. Tak percya.. cubalah..
    
Tu jelah kot kenapa iqa suka berblog.. Mungkin banyak lagi sebab kenapa saya suka blog sya. Tp tetibe lak kehabisan idea.. You all pun tentu suka berblogging kan?? share la Kenapa korang suka berblogging kat iqa yew.. berjumpa lagi dalam entry yg seterusnya.. Assalamualaikum..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

2 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Anonymous said...

sebab utama kenapa kita semua suka blogging ialah sebab kita suka menulis. kan? :)

Iqa Zulaika said...

Yup. Blog ni macam public diary kita lah. Kalau dulu kita suka tulis dlm buku. Sekrang zmn da moden. Kita curahkn sgala isi hati kat dlm blog. Am i right?

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika