Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Monday, October 8, 2012

HANTU KAPCAI...

Views
                                                    ASSALAMUALAIKUM....


Hari ni iqa offday tau. Mule2 ingat nak tido sampai puas. Almaklumla cuti kan. Selepas penat selama minggu berkerja da pulang kerumah pada pukol 11 malam setiap hari. Penat woooo.... N then pagi bangun awal. X ley lewat tau. Pernah sekali iqa lambat 5 minit, dorang siap call ayah iqa kat johor. Tak dapat ayah dia call pakcik. Mmang tak ley blah kan.. Nak buat macam mana, kerja dengan cina, so paham2 jela...


                             Oleh kerana hari ni cuti, so iqa pun buat keputusan n ke Time square. Ini lah tempat yang paling saya suka jalan, tengok wayang n shopping.. Hehehe.. Tapi hari ni saya tidak bersendirian.. Saya d temani oleh... cube korang teka sape??? Jeng2.. Rahsia.. hehe...Mule iqa pun pening nak tengok citer apa. Sebab banyak sangat citer yang keluar sekarang.. Buat pengetahuan kwn2 semua, iqa ni peminat cerita melayu tau.. Sape yang mempunyai minat yang same??? seppp cepat.. hehe... So saya decide nak tengok cerita...... HANTU KAPCAI... sebab saya memang minat sangat dengan ZIZAN.. dia kan best n kelakar...   


                                 Jom iqa ceritakan sinopsis cerita hantu kapcai.. Check it out....


                                                                 

                                                                        

Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.

Pengarah
Ghaz Abu Bakar
Lakonan
Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen, Dian P.Ramlee, Riz Amin
Tarikh Tayangan – 27 September 2012

Cerita dia best giler tau. Yang paling menyerlah dalam tu tentulah fizz fairuz. Sakit pewot ketawa kan dia. Lakonan dia pun menjadi... 
so, iqa syorkan agar korang tengok lah citer tu ka. Citer  ni tak sama tau dengan filem melayu yang banyak mengarut tu. Citer ni sangat best. Rugi kalau korang tak. tengok..
Kepada korang yang da tengok tu, sila lah like n komen k.. Bagi pendapat korang tentang cerita tu. Sharing is caring...
Wassalam...



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika