DEAR DIARY.. PART 2
Views
Hai kwn2 semua.. Apa khabar. Iqa harap korang semua sihat dan Di berkati Allah S.W.T ya.. Hari ni Iqa cuti. So Iqa duduk kat rumah je. Kemas rumah, kemas almari. Iqa tengok banyak sangat baju dalam almari tu. Iqa kemas n banyak pakaian yang lame tak pakai. Iqa terus buang je. Penuh satu plastik hitam. Dari tak pakai dan menyemakkan almari, baik buang je kan. Nak buat apa simpan. Tapi sedih jugak buang pakaian tu semua. Bukan apa. semua da ketat, tak boley nak pakai lagi. ( saya sedar saya semakin gemuk.. huk2.. menangis kiut).. Better buang je kan.
Ok, iqa nak cerita pasal tempat kerja iqa nie. Semalam manager Iqa bagi ampow tau. Sempena hari raya haji.. Hehe. Sukanya diri ini. Terasa macam kanak2 ribena pulak yew. Nak tahu tak berapa jumlah yg Iqa dapat??? Teka cepat. Sape jawab dengan betul Iqa bagi aiskim Cornetto.. Hik2.. Berapa agak2??? Ok iqa akan cakap yew. Iqa dapat RM100 je.. RM 100 je?? hehe.. Baik betul manager Iqa tu. Iqa keje tak sampai sebulan pun. Dia cakap Iqa rajin buat kerja. Apa yg dia suruh semua Iqa buat tanpa membantah sikit pun. Happy je rasanya bila di puji sebegitu rupa.
Rasa macam hidung kembang semamngkuk je. Hehe.. Walaupn Iqa sorang je melayu n beragama islam. tapi mereka langsung tidak bersikap pilih kasih. Yang penting kita kena rajin dan buat je apa yang mereka suruh. Kalau mereka marah kita senyum je. Jangan melawan k. Iqa harap sangat dapat BEST PERFORMANCE bulan depan. Walaupun saya je baru berkerja di situ, itu tidak mematahkan semangat saya untuk mendpt best performance... Saya akan buat yang terbaik dan ingin menjadi perkerja yang berdedikasi.. Hehe..
Akaq accountant tu pulak bagi Iqa wallet yang sangat cantik. Dia cakap dia baru beli Tapi tak pakai pun. Nak tolak apa pulak dia cakap kan. Iqa amik je. Bak kata pepatah. "rezeki jangan di tolak, musuh jangan d cari". Betul x kwn2 semua?? Kalau betul, angkat kening macam the rock sekarang!. hehe..
Iqa rasa sampai di sini sahaj celoteh Iqa pada hari ni. Thanks kepada korang semua bab sudi baca blog iqa ni k... WASSALAM....
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!


Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika
2 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:
wa btuahnya dye
thnks izza.. Memang iqa rasa sangat bertuah dan di hargai walaupun berlainan agama.. :)
Post a Comment