Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Friday, October 26, 2012

DEAR DIARY IQA ZULAIKA- PART 1

Views
 
DEAR DIARY...
 
Setelah 3 minggu aku kerja di Body Perfect..
Walaupun aku sorang je melayu, itu tidak mematahkan semangat ku untuk berkerja dengan orang yang bukan muslim. Tapi agak susah sikit lah nak menyesuaikan dir masa mula2 tu.
 
Makanan yang kita makan dan dia makan tak same. Dorang makan makanan yang tak halal. Kdg2 aku ada terasa sedikit jijik dan nak muntah. Tapi aku tahan je. Mereka pun ada suruh aku makan. Tapi aku tolak denga cara yang baik. Aku ckp aku orang islam. Makanan dorang aku tak ley makan. N aku tak ley campur pinggan dan gelas dengan dorang. Aku tahu batas antara orang Islam dengan bukan muslim.
 
Selamat masa interview tu dorang bagi pakai tudung n inner lengan panjng. Alhamdulliah, walaupun aku bukan baik sangat pun. Tapi selagi aku berpijak di muka bumi Allah nie, aku akan cuba menjaga aurat dan batas pergaulan aku.
 
Mereka semua sangat cntik tau. Putih dan tinggi persis model. Yelah, nk kerja macam tu mestila kena sentiasa kelihatan cantik. Lebih2 lagi aku yang berjawatan customer service executive nie. Dduk kat dpan front desk. Lagi lah kena kelihatan cantik. Walaupn aku tak da lah secantik dorang kan. Kulit pun orang Melayu, sawo matang...
 
Kadang2 aku terpikir, kenapa aku dapat krja camtu.. Bukan dorang nak yang cntik, putih dan seksi ke.. Aku ni da la gemuk. Kalau lawa xpe.. Tapi manager aku panggil aku si cantik. Aku pun tak tahu, dia puji aku ke perli. Aku ni jenis mulut manis, n pandai amik hati dorang. Dorang pun boleh terima aku kat situ..
 
So aku tak da lah rasa diriku terasing sangat. Cuma dorang semua tu panas baran dan kelam kabut. Kenapa lah aku di kelillingi dngan orang yang yang panas baran. hhmmm.. Sedih pun ada. Aku ni pulak yang tak suka nak marah. Yew, memang aku ni selalu di buli n senang ikot arahan kan. Aku bukan cepat melatah. Tapi aku pun ada hati, jantung, limpa, buah pinggang dan perasaan. Cakap lah elok2 dengan aku...
 
Kalau orang baik dengan kita. Tentu kita akan baik dengan orang tu jugak.. Betul x??? Aku kesian dengan kwn aku yg filipine nie. Dia selalu kena marah dengan manager aku. Smalam dia tak ley tahan. Dia nangis. Tapi dia cakap dia nagis sebab dia rindu kat anak dia yg kat filipine tu. Aku tahu dia tipu. Bukan dia nangis sebab dia ingat kat anak dia. Tapi dia nangis sebab selalu kena marah dengan Manager. Kau jgn tipu Aku JEVINA...
 
Aku pun kesian kat assistant branch manager aku. Sasha bukan nama sebenar dia. Dia ni seorang yang tak berapa nak amik kisah sangat tentang kerja nie. Dia jenis yang cuai. Bulan ni da berapa banyak dia kena denda. Bukan sikit wooo dia kena bayar.. Cuba bayangkan client lupa nak tandatangan TREATMENT DONE SLIP nama kertas yang tak berapa pandai tu,. Harga sehelai tu da 300 tau.. SEHELAI je. N then salah letak barang.. Di charge tau. Kau letak lah sebatang pen kau kat atas meja. Singgit tau di denda.. Hmmm.. So complicated right??
 
Itu boleh tahan lagi tau. Yang tak ley tahan, waktu rehat tak sampai sejam. Biasaya aku rehat tak smpai 20 min pun. N then time MAKAN, tak boleh pegang PHONE lame2. Alamak, undang2 apa nie. Teruknya... Gaji memang masyuk beb.. Tapi undang2 dia tu, kdang2 aku rasa tak masuk akal la.. Lagi pun aku kontrak setahun.. Dalam masa setahun aku tak boleh nak berhenti. Kalau tak, aku kena bayar denda rm2k kat company. N then kalau aku menghilangkan diri tanpa khabar berita selama dua hari, dia akan terus report kat polis... Sebab takot apa2 jadi kat aku kan...
 
Pernah tau sebelom nie aku lambat 5 MIN. siap cal abah aku n pakcik aku. Cal abah aku yang kat johor tu. Mana aku pegi. Mana lah abah aku yg kat johor tu tahu kan. Aku cuma lambat 5 minit je kot. Bukan aku tak datang terus. Haha.. Kelakar lag dorang nie.
 
Panat dah nak menaip nie.. Konsentrasi aku menaip ni terhenti sekejap tadi mama aku panggil. Dia ajak masuk bilik dia. Agak2 korang yang cerdik PaNdai ni kan.. Apa yang mak aku nak buat kat Aku?? Tetibe ajak aku masuk bilik dia. Saspen gak.
 
Rupa2 ya, dia nak bagi aku baju yang dia tak pernah pakai. Semua cantik2 beb. Baju2 dia kan mengalahkan baju2 aku tau. Baju aku takda lah sebanyak dia. Baju kurung, t shirt, kemeja, seluar, tudung semua dia bagi aku tau.. Seronok tak terkata. Sambil tu aku membebel kat dia, Kenapa lah beli baju banyak2 tpi tak pakai.. Membazir je. Mama aku ckap, Baju u semua orang bagi hadiah hari jadi kat dia. Beruntung mama aku tau. Tak macam aku nie, hari jadi tak da pun orang nak bagi hadiah. Aku ni tak pemes ke?? sob2... ( menangis kiut lagi}..
 
Rasanya sampai di sini dulu lah celoteh aku DI Part PERTAMA NIE.Klau korang sudi, tunggulah kisah ku di PART yang seterusnya k.. da...
 
 SAYANG KORANG SEMUA!!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika