Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Sunday, August 25, 2013

INSOMNIA

Views



Masa aku tengah taip entry nie aku baru je nak tidur. Da 2 jam aku cuba untuk melelapkan mata. Tapi tak boleh jugak sebab penyakit sukar untuk tidur atau omputih cakap insomnia nie nie telah menyerang aku sejak bulan puasa aritu. Mata memang sakit n rase mengantok. Tapi bile pejam tak tidur2 jugak. Kesian tau kat aku. Selalu je tidur lambat tau. Kadang2 kol 4 pg baru aku boleh tidur. 

Bayangkan aku tidur lambat, tapi nak bangun keje awal. Bangun pagi badan rasa lemah gile. Masa kat tempat kerja asyik mengantuk je. Mata aku nie da macam mak panda dah. Buruk gila. Rasa tension pun ada. Sampai nak tengok muka sendiri pun rasa benci. Teruk kan?? 

Aku pun tak tahulah kenapa ada penyakit macam nie. Mak nenek, sedara mara, kaum kerabat aku pun tak da pun penyakit nie. Tapi kalau dorang ada, aku tak tahulah pulak. Nak kata tua, aku nie muda remaja ceria lagi. Ha ha ha. Tapi penyakit macam nie tak kira umur pun sebenarnya. Tapi still tak jugak!

Time tak boleh tidur nie la macam2 masalah negara pikir. Tipu jela. Aku berangan je lebih. Macam2 yang aku berangan. Jadi kaya la, kawen dengan anak raja la. Macam2 la angan2 aku. Kan best kalau angan2 tu jadi kenyataan. 

Aku rasa tu je kot aku nak membebel malam nie. Tadi nak buat entry pasal pegi open house tadi ha. Tapi nape entah tetibe aku cerita pasal insomnia nie. Saje je nak bagi tahu korang tu ha. Sape kat sini ada penyakit nie jugak. Sep sikit. Kita geng! Hahaha..

Tu je kot nak cakap. Jumpe lagi di entry yg seterusnya. Bubye ollzz... :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika