Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah. Hargailah setiap detik dalam hidup kita..

Thursday, August 15, 2013

PUISI CINTA ZULAIKA

Views
ASSALAMUALAIKUM...



Di saat ku kecewa,
kau muncul dalam hidupku dan menyinari hari-hariku.
Di saat aku sendiri,
Kau menghiburkan hatiku yang berduka.
Di saat aku alpa dengan perintah Tuhan,
Kau selalu mengingatkanku.

Di saat aku merasa indahnya dunia,
Kau menyedarkan aku, kau katakan syurga itu lebih indah daripada dunia.
Tiada apa yang harus ku banggakan dengannya.

Di saat imanku rapuh, 
Kau sentiasa memberiku kata2 semangat agar
 tabah menempuhi ujian ini.
Kau katakan, Tuhan menyayangi orang yang bersabar.
Segala kata2 yang kau nyatakan padaku,
akan sentiasa tersemat kukuh di ingatnku.

Meskipun aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurga,
Tapi aku tidak mahu di campakkan kedalam neraka.

Meskipun aku tidak punya rupa dan harta,
tetapi aku masih punya maruah dan harga diri.

Meskipun aku tidak secantik isteri nabi yusof iaitu Zulaikha,
Tetapi aku adalah zulaika yang tabah mengharungi dugaan hidup.

Meskipun aku tidak punya keluarga yang bahagia,
tetapi aku akan cuba untuk membina sebuah keluarga yang bahagia denganmu.

Kerana,
Kaulah yang menyedarkan aku betapa pentingnya menjaga hubungan dengan Tuhan.
Jika kita sentiasa mengikut segala arahanya,
Nescaya Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.
Jika Allah mendatangkan kita musibah,
Ingatlah Allah hanya ingin menduga sejauh mana ketaatan kita kepadanya.

Semoga Allah sentiasa merahmatimu,
Semoga Allah memudahkan perjalanan hidupmu.
Semoga Allah membalas segala amal kebaikan mu.

Akhir kata dariku,
Aku ingin bertanyakan soalan  kepadamu,
'' Sudikah kau menjadi IMAM dalam SOLATku??''


WASSALAM..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Iqa!Like Kalau Suka!

0 Gadis & Teruna Yang Sudi Komen Blog Iqa:

Copyright@Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Iqa Zulaika